ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jenama audio mewah dari Itali, iXOOST tiba di Malaysia – Harga bermula dari RM80,000

Berita Tempatan

Views

Peneraju dalam audio mewah dengan gabungan unik seni pembuatan Itali dan legasi sukan permotoran berasal dari Modena, iXOOST akhirnya tiba ke pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif VSTECS Astar Sdn Bhd, Soong Jan Hsung, berkata, pihaknya sangat teruja menjadi pengedar tunggal iXOOST di sini bagi menawarkan sistem audio yang inovatif dan mewah kepada rakyat Malaysia.

Pengasas iXOOST, Giovanni Panini, berkata, mereka bukan sahaja menawarkan sistem audio, malah turut membawakan coretan sejarah permotoran Modena, dan bersamanya, sebahagian jiwa mereka.

Setiap sistem audio iXOOST adalah sebuah karya seni buatan tangan yang sangat teliti untuk memberikan pengalaman audio dengan kejelasan yang tinggi.

Sejarah jenama ini yang berakar umbi daripada dunia supercar yang berprestij, dapat dilihat pada reka bentuk produknya, menggabungkan komponen original daripada automobil yang ikonik.

Komitmen iXOOST terhadap kemewahan dan eksklusif telah meletakkannya sebagai ikon dalam industri audio global, cukup dikenali dalam kalangan peminat audio dan sukan permotoran.

Berikut adalah informasi mengenai portfolio produk iXOOST:

ESAVOX Automobili Lamborghini

Sistem bunyi mewah yang dihasilkan daripada ekzos original Lamborghini, ESAVOX menampilkan casis monocoque karbon, sistem penyerap getaran pasif dan subwoofer 10 inci dengan sensitiviti yang tinggi.

Tiga amplifier 400 Watt yang disepadukan bersama teknologi Bluetooth 5.0 Apt-X™ dilengkapi dengan reka bentuk automotif yang luar biasa.

ESAVOX boleh didapati dalam beberapa kombinasi warna paling ikonik Lamborghini seperti Green Gea, Grey Keres Matte, Orange Anthaeus, Red Epona, Blue Uranus dan White Siderale.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

AVALÁN Automobili Lamborghini

AVALÁN menggandingkan ekzos original Lamborghini Huracán Tecnica dengan jeriji heksagon untuk memerangkap kualiti audio berprestasi tinggi.

Amplifier kelas D 80-Watt menjanakan dua tweeter satu inci dan dua pemacu lima inci, menghasilkan pengalaman audio yang mewah.

AVALÁN juga boleh didapati dalam kombinasi warna ikonik Lamborghini seperti Viper Green ShinyContrast Bianco Isi Shiny, Blu Aegeus MattContrast Blu Astraeus Matt dan Bianco Asopo ShinyContrast Viper Green Shiny.

AMG Performance Luxury Audio

Sebagai penghargaan kepada AMG GT Black Series, AMG Performance Luxury Audio adalah sistem ‘hi-fi’ pertama dan satu-satunya di dunia yang membawa jenama AMG.

Sistem ini dilengkapi dengan monokok gentian karbon, jeriji aluminium, reka bentuk ekzos AMG GT, serta rangkaian dinamik dua woofer, empat tweeter dan dua pantulan bass untuk pengalaman audio menyeluruh.

Pirelli P ZERO™ Sound

Dilahirkan hasil daripada kerjasama unik antara iXOOST dan pengeluar tayar Formula 1, Pirelli, sistem ini menampilkan mid-woofer 130mm, tweeter sutera 25mm, yang terdapat dalam tayar F1™ sebenar; atau bagi mereka yang lebih menggemari dimensi yang lebih kecil, terdapat model skala tayar terowong angin terkenal rekaan Pirelli Design.

Pirelli P ZERO™ Sound tersedia dalam tiga warna berbeza iaitu kuning, merah dan putih, semuanya digunakan dalam rangkaian tayar Pirelli F1® untuk membezakan sebatian bagi perlumbaan yang berlainan.

XiLO

Melambangkan ungkapan gah “buatan Modena” dalam seni ketukangan, XiLO menampilkan casis monocoque kayu dan aluminium, dilengkapi dengan pancarongga ekzos buatan tangan serta dikuasakan oleh amplifier 2X100 + 1X200 Watt.

Pengguna boleh menstrim fail muzik daripada telefon pintar, tablet dan komputer menggunakan teknologi Bluetooth aptX™, yang mampu menukarkan bunyi secara serta merta untuk menghasilkan semula audio asalnya.

Radial 6

Reka bentuk sistem ini, diilhamkan oleh unsur-unsur tipikal dunia aeronautik, menampilkan gabungan unik tweeter, midrange dan woofer. Satu aspek menarik reka bentuk Radial 6 adalah penampilan pembesar suaranya yang sempurna.

Kedudukannya yang sedikit condong ke belakang mempunyai tujuan penting iaitu untuk mengedarkan bunyi secara seragam di sekeliling dok, menyumbang kepada reka bentuk tiga dimensi yang kukuh.

Disokong dengan kedudukan tweeter yang bersebelahan, audio yang dihasilkan lebih seimbang dengan efek stereofonik yang optimum.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

KUBO Abarth 595 dan KUBO Abarth 695

Sistem audio eksklusif untuk peminat Abarth: sebuah sistem hi-fi yang sugguh luar biasa, produk ini menggabungkan pembesar suara Bluetooth™ tercanggih yang disambungkan ke replika ekzos Record Monza yang terkenal, direka untuk meraikan rekod kelajuan yang dicatatkan oleh Carlo Abarth di litar bersejarah Itali.

Varian edisi terhad 695 juga didedikasikan sempena ulang tahun ke-70 Scorpion. Sistem ini dilengkapi dengan tweeter kubah gentianmikro dan satu pembesar suara mid-range, semuanya dikuasakan oleh amplifier 1×100 Watt.

Bluetooth Speaker Helmets

Topi keledar yang unik dan boleh diperibadikan serta telah diuji dalam kondisi ekstrem ini, bukan sekadar barangan koleksi tetapi juga sistem audio dengan kejelasan yang tinggi, menyepadukan komponen audio canggih dalam reka bentuk yang padat.

Produk pertama dalam siri ini adalah DOVI # 04 SOUND, pembesar suara Bluetooth yang diperbuat daripada topi keledar original perlumbaan SR-GP yang dihasilkan oleh Suomy untuk penunggang Moto GP, Andrea Dovizioso.

Dalam kerjasama berasingan bersama Bell Helmets® dan dengan kebenaran keluarga Hunt, iXOOST turut mencipta pembesar suara Bluetooth dalam topi keledar original juara dunia Formula 1 1976, James Hunt.

Harga dan Ketersediaan

Rangkaian penuh produk iXOOST boleh dikonfigurasi mengikut pesanan untuk memastikan pengalaman eksklusif untuk setiap pelanggan, dan tersedia untuk tempahan mulai hari ini.

Oleh sebab pesanan produk bersifat boleh diperibadikan, tempoh pengeluaran dijangka mengambil masa selama tiga hingga empat bulan, mencerminkan kualiti premium sistem audio dan seni pembuatan yang rumit. Harga berbeza mengikut model individu, antara RM80,000 hingga RM240,000.

Bermula Disember 2023, untuk tempoh terhad pelanggan boleh melihat dan menikmati sistem audio iXOOST di Hoe Huat Electric Sdn Bhd, yang terletak di Lot F-01 hingga F-03, Tingkat Satu, Encorp Strand Mall, 47810 Petaling Jaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply