ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Views

Semakin kerap pula kelibat Proton Iriz MC2 yang sedang merayau-rayau di sekitar bandar raya Kuala Lumpur berjaya dikesan. Jika semalam unit ujian yang ditemui berwarna Carnelian Brown, kali ini seperti biasa menggunakan unit yang kerap ditemui sebelum ini. Ia berjaya dikesan oleh Syaiful Amir Al Zikri di sekitar Ampang jam 2.00 petang semalam dan foto-foto ini telah dihantar ke e-mel kami sebentar tadi oleh rakannya yang juga pembaca laman web ini, Muhamad Nur Affieq.

Apa yang menarik, foto intipan terbaharu ini jelas memperlihatkan wajah hadapan penuh Proton Iriz MC2 walaupun masih tebal dengan celoreng penyamarannya. Kebetulan pula unit ujian tersebut berada bersebelahan kereta Syaiful Amir dalam kesesakan trafik di bawah jejambat. Kali ini kita sudah dapat melihat bentuk sayap dan jeriji model tersebut yang membawa unsur rekaan panah pada model X70, tetapi lebih langsing dan kecil.

JOM BACA >> INTIP: Geely Boyue pemanduan sebelah kanan dan Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL

Lampunya pula berkongsi dengan Persona dan apabila kesemuanya bersambung dengan kombinasi jeriji serta sayap Proton, ia memberi gambaran bentuk kereta yang lebih lebar dan sporty. Kelihatan juga cahaya lampu nyalaan siang LED (DRL) pada kiri dan kanan bampar yang membentuk satu jalur lurus yang pendek. Ia mungkin tidak jauh berbeza dengan gambaran terbaharu dari rakan kami, The Ajerul (lihat foto di bawah).

Iriz MC2 ini akan hanya diperkenalkan pada awal tahun hadapan, namun kemi menjangkakan ia akan muncul lebih awal di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, yang akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Model ini bukan sekadar perubahan kosmetik semata-mata, dan ia turut mendapat peningkatan dari segi penghalusan walaupun dikhabarkan masih mengekalkan enjin serta transmisinya.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Gambar ni di Bandar Baru Ampang berhadapan Ampang Waterfront, dekat simpang nak masuk Taman Kosas. Memang tengah construction SUKE. Ni model yang akan masuk China yang sign agreement dengan Geely tu ke. Kalau betul sangat bagus. Enjin Geely ke?

Leave a Reply