ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rolls-Royce harga RM1.18 juta jadi kereta Polis Pantai Miami

Berita Global

Views

Sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce berharga kira-kira AS$250,000 (RM1.18 juta) dijadikan sebagai kereta polis Pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post semalam.

Satu rakaman video menunjukkan kenderaan mewah itu dilengkapi dengan lampu siren dan diiringi oleh dua anggota bermotosikal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan (kelengkapan) tambahan yang menakjubkan ini kepada pasukan pengambilan Jabatan Polis Pantai Miami,” ujar jabatan itu menerusi hantaran di platform X.

Bagaimanapun, kereta tersebut dilaporkan hanya dipinjamkan kepada jabatan polis tersebut oleh syarikat Braman Motors, dalam usaha menarik minat golongan muda menyertai pasukan penguat kuasa itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Merekrut anggota polis di negara ini hari ini adalah satu perkara yang sukar dilakukan.

“Menggunakan kereta ini akan membantu kami melakukan pengambilan (rekrut baharu) dengan sangat bagus,” kata Ketua Polis Pantai Miami, Wayne Jones kepada laman berita WSVN 7 News pada acara promosi di Pantai Selatan, Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply