ARKIB

KATEGORI

Buletin

ISUZU N-SERIES TERIMA ANUGERAH KENDERAAN TUGAS RINGAN TERBAIK

Views

TOTY Award

Trak tugas ringan kegemaran rakyat Malaysia, Isuzu N-Series diberi pengiktirafan tertinggi apabila dipilih sebagai penerima anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik (Light Duty Vehicle of the Year) oleh juri jawatankuasa Anugerah Trak Tahunan Terbaik anjuran Cars, Bikes and Trucks 2014, New Straits Times.

Trak Isuzu N-Series mendominasi pasaran trak Malaysia apabila menjadi rangkaian trak terlaris dan menerima anugerah untuk kategori trak dengan berat kenderaan kasar (GVW) sehingga lapan tan dalam satu majlis yang berlangsung di Subang, Selangor.

Anugerah itu diterima oleh Pengurus Besar Divisyen Pemasaran & Jualan Kenderaan Komersial Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui. Beliau menyatakan bahawa anugerah itu adalah pengiktarafan jelas terhadap usaha Isuzu untuk menawarkan para pelanggan dengan produk-produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

“Isuzu Malaysia telah berusaha bersungguh-sungguh, bukan sekadar menawarkan produk yang mampu memenuhi keperluan setiap pelanggan. Malah, sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan selepas jualan yang pantas dan efektif. Ia merupakan aspek penting dalam memastikan trak tugas ringan kami menjadi kenderaan komersial kegemaran rakyat Malaysia,” kata Tsukui.

ISUZU N-Series

Trak komersial tugas ringan Isuzu N-Series mengungguli carta jualan pada tahun 2013 dengan jualan 5,766 unit pada tahun ini. Sekali gus menjadi rangkaian trak terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Selain daripada prestasi jualan, kenderaan ini juga dinilai dari segi maklum balas pelanggan, boleh dipercayai dan bernilai untuk wang.

Lebih signifikan lagi, anugerah itu dilihat sebagai tepat pada masanya buat Isuzu N-Series kerana Isuzu Elf serba baharu generasi ketujuh yang menggantikan trak N-Series telah dilancarkan selepas tempoh kelayakan anugerah untuk tahun ini. Isuzu ELF serba baharu dijangka menjanjikan masa depan lebih baik kerana ia tampil dengan pelbagai penambahbaikan yang signifikan dari semua aspek termasuklah reka bentuk, selain dibina agar lebih selamat.

“Saya percaya bahawa para pelanggan kami ialah pemenang yang sebenar. Ini kerana anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik merupakan bukti kepada usaha dan komitmen kami dalam memastikan kenderaan pelanggan dapat beroperasi dengan efisien dan tiada masalah.  Inilah sebab utama kenapa para pelanggan di seluruh dunia percaya kepada produk-produk Isuzu,” tambah Tsukui.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply