ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM buka bilik pameran yang dinaik taraf di Jitra

Views

01_ETCM Jitra Showroom_Exterior

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran Nissan yang telah dinaik taraf di Jitra. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan ETCM untuk meningkatkan lagi rangkaiannya di wilayah Utara.

Bilik pameran itu dinaik taraf daripada sebuah kepada dua buah lot kedai dan kini mempunyai keluasan sehingga 4,921 kaki persegi. Terletak di lokasi strategik di bandar Jitra, bilik pameran yang baru direka bentuk ini mampu mempamerkan sehingga tiga buah model Nissan dan dikendalikan oleh sembilan orang penasihat jualan.

02_VIPs launched the Opening of Jitra Showroom

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Dengan bilik pameran yang telah dinaik taraf di Jitra ini, kami di ETCM tidak sabar untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan serta mengembangkan perniagaan di wilayah ini. Sebagai tambahan, kami juga ingin untuk mengembangkan rangkaian kami dengan agresif.

Justeru, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih banyak pembukaan cawangan-cawangan baru dan proses naik taraf kemudahan sedia ada dari ETCM.” Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian yang ekstensif melibatkan 106 bilik pameran termasuklah pengedar dan 59 Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply