ARKIB

KATEGORI

Buletin

Japan Mobility Show 2023: Honda dedah Prelude Concept, dijelmakan semula sebagai EV!

Berita Global

Views

Honda membuat kejutan bersempena pameran Japan Mobility Show 2023 dengan mendedahkan model konsep kenderaan elektrik (EV) dikenali sebagai Prelude Concept.

Jika dilihat, model konsep ini nampak gayanya sudah bersedia untuk ke fasa pengeluaran. Namun, buat masa ini perincian mengenainya amatlah sedikit.

Dari segi reka bentuk Prelude Concept agak konvensional, tidak nampak seperti sebuah model konsep yang lazimnya menampilkan pengayaan radikal dan ada kalanya keterlaluan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Beberapa perincian jelas kelihatan seperti garis badan yang simetri dan angkup brek Brembo yang berselindung di sebalik rim aloi bersaiz 20-inci.

Ia menampilkan penggayaan fastback dan kita hanya dapat melihat rekaan luarannya kerana dilitupi dengan warna hitam legap.

Adakah Honda akan menghasilkan model tersebut? Ini sudah pastinya persoalan utama yang sedang berlegar di fikiran semua kan?

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Menurut CEO Honda, Toshihiro Mibe, model konsep ini akan menjadi ‘mukaddimah’ kepada model akan datang yang bakal mewarisi ‘keseronokan memandu’ ke arah masa depan elektrik sepenuhnya.

Model konsep ini bolehlah diibaratkan ‘penjelmaan semula’ nama Prelude yang mula diperkenalkan sejak 1978. Pada ketika itu, model generasi pertamanya menjadi model sulung Honda yang menampilkan bumbung purnama (moonroof).

Walaubagaimanapun, nama Prelude akhirnya ‘bersemadi dengan aman’ pada 2001. Pada masa itu ia menawarkan output maksimum 217 kuasa kuda di Jepun dan 200 kuasa kuda di Amerika Syarikat.

Adakah anda berminat dengan Prelude versi EV ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply