ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jenama TQ Wuling dilancarkan – Model pertama EV kompak Bingo, harga di bawah RM100k, pelancaran pada Q4 2025

Berita Tempatan

Views

Tan Chong Motor Holdings Berhad (Tan Chong Motor Group) hari ini mengumumkan kerjasama dengan gergasi automotif China, SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling), bagi memperkenalkan jenama TQ Wuling di pasaran tempatan.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa kerajaan menyokong penuh usaha ke arah mobiliti hijau dan elektrifikasi industri automotif.

Melalui kerjasama ini, Tan Chong akan memanfaatkan kekuatan logistik dan kejuruteraannya, manakala SGM Wuling membawa kepakaran dalam pembangunan teknologi EV, PHEV dan kenderaan pembakaran dalaman (ICE).

Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chong, Daniel Ho, menyifatkan pelancaran TQ Wuling sebagai simbol komitmen terhadap inovasi dan kelestarian.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Jelasnya, TQ Wuling mencerminkan visi syarikat untuk menyediakan penyelesaian mobiliti mampu milik dan berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia.

Presiden PT SGMW Motor Indonesia, Tang Wensheng pula menyatakan keyakinannya terhadap potensi pasaran Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi perluasan ASEAN, di samping Indonesia dan Thailand.

Model pertama TQ Wuling di Malaysia ialah TQ Wuling Bingo, sebuah EV kompak yang disasarkan untuk pelancaran pada suku keempat (Q4) 2025 dengan tanda harga di bawah RM100,000.

Selain itu, semua model TQ Wuling termasuk Bingo, akan dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti milik Tan Chong Motor Group, Segambut, yang memiliki warisan hampir 50 tahun dalam pembuatan kenderaan.

Pendekatan pemasangan tempatan bukan sahaja mengurangkan kos, malah menggalakkan penggunaan komponen tempatan dan memperkukuh rantaian bekalan domestik.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Dengan lebih sejuta unit telah dihasilkan sejak penubuhannya, kilang ini telah memperoleh pelbagai akreditasi kualiti antarabangsa antaranya, Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9002.

Pelancaran TQ Wuling juga memberi sokongan langsung kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Pelan Mobiliti Karbon Rendah Malaysia, melalui penyediaan pilihan EV yang lebih mudah diakses dan mampu milik.

Tan Chong Motor Group kini bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan serta penyedia infrastruktur EV bagi memperluas jaringan pengecasan dan menyokong pembangunan ekosistem EV secara menyeluruh.

Kemasukan TQ Wuling Bingoke pasaran bukan sekadar memperkenalkan satu lagi jenama, ia adalah simbol evolusi automotif Malaysia. Ia membawa peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, serta pengembangan ekonomi melalui penghasilan tempatan.

Dengan gabungan kepakaran Tan Chong dan SGM Wuling, masa depan mobiliti bandar di Malaysia kelihatan lebih hijau, pintar dan inklusif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply