ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom kita ke Power of 1!!!

Views

Sempat juga berkunjung ke Power of 1 hari ini. Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh saya & Mat akhirnya sampai juga ke sana. Banyak akviti menarik untuk seisi keluarga & disini kita boleh melihat pencapaian Proton selama 27 tahun ia ditubuhkan. Inilah masa yang paling sesuai membawa keluarga beriadah dimusim cuti sekolah. Macam-macam ada, pameran teknologi, rekabentuk, jualan, pameran kereta inovasi dari staf Proton, demonstrasi kereta F1 Lotus, Satria Neo S2000 & yang paling mencuri tumpuan ialah aksi model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu P3-21A bersama Persona Elegance di litar yang dibina khas.

Soft launch & tempahan untuk model ini telah dibuka sekarang. Yang paling menarik harga yang diumumkan oleh Dato Sri Syed Zainal tadi ialah RM62,000 sehingga ke RM75,000 (ini cuma tentative price – harga sebenar akan diumumkan semasa pelancaran dan semestinya akan lebih murah). Model ini bakal mempunyai 3 variant, Executive –  1.6 IAFM+ manual 5 kelajuan & 1.6 IAFM+ CVT (6 kelajuan) & Premium 1.6 CFE (7 kelajuan Pro-Tronic). Dapat juga peluang untuk mengintai model P3-21A di peek a boo box bersama beliau tadi, hehehe… 🙂

Sempat juga berbual dengan Mr. John D Chacko sambil bertanyakan bilakah tarikh pelancaran model tersebut dan jawapannya ialah paling awal hujung bulan Mac atau selewat-lewatnya awal bulan April. Selain itu sempat juga la bertukar-tukar pendapat dan idea bagaimana nak promosikan kereta Proton dengan lebih berkesan lagi dimasa hadapan. Bagi sesiapa yang tidak ke Power of 1 nampaknya tak dapat la nak skodeng kotak berisi kereta tu sebab peek a boo box tu hanya dipamerkan di sana sahaja.

Bro Mat juga sempat juga berbual, dengan Azlan Othman aka Azlano mengenai halatuju rekaan Proton pada masa depan. Proton bukan tidak boleh membuat rekaan yang fluidic atau radikal, ada beberapa faktor seperti kos & engineering akan diambil kira terlebih dahulu. Rekaan tersebut juga tidak akan long lasting kerana trend masa hadapan akan sentiasa berubah. Jadi adalah lebih baik Proton membuat pendekatan dengan memperkenalkan rekaan yang sesuai dengan trend & kehendak pasaran.

Sebenarnya model konsep TUAH yang dipamerkan di KLIMS 2010 itu adalah versi enhanced dari Proton Design bagi model P3-21A. Model P3-21A dibuat secara usaha sama dengan ItalDesign & Proton Design. Bermakna P3-21A wujud terlebih dahulu sebelum TUAH. Selain itu mereka telah mempelajari ilmu rekaan global di sana & selepas P3-21A nanti rekaan kereta Proton akan dibuat oleh Proton Design sendiri.

Banyak info yang boleh didapati di sana, sebab staf Proton sendiri akan memberi penerangan. Kalau boleh tu cari la info lebih-lebih sikit ye. Lepas tu share la disini nanti. Terima kasih kepada Proton kerana sudi menjemput kami, walaupun jauh sanggup juga datang. Jadi kepada sesiapa yang belum lagi ke Power of 1 silalah berkunjung ke sana, bawalah seisi keluarga & rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai Power of 1!!!

Gambar-gambar menarik ini diperolehi dari bro Hezeri Samsuri Auto Anda

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply