ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X70 MC2 singgah di Raub, nampak macam warna Deep Marine Blue

Foto Intip

Views

Ini foto intipan terbaharu Proton X70 MC2 yang kami perolehi dari sahabat penulis di Raub yang bernama Muhammad Iqbal sebentar tadi.

Katanya, sebuah X70 MC2 yang dinaiki oleh dua individu ini telah singgah sebentar untuk menunaikan solat Zohor di Masjid Tengku Abu Bakar, hari ini.

Kelihatan unit yang masih sarat dengan pelitup celoreng ini berwarna Deep Marine Blue yang merupakan warna baharu bagi model X70 MC2.

Walau bagaimanapun, ruang kabin unit ujian tersebut tidak berjaya diintip memandangkan ia telah dilitupi oleh kanvas berwarna hitam sebelum kedua-dua individu itu masuk ke dalam masjid.

Dalam artikel terdahulu,  ejen perisik Mat Bond telah memaklumkan bahawa X70 MC2 bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah senarai varian untuk model X70 MC2:

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Premium X

Tambah Mat Bond, ada enam pilihan warna yang bakal ditawarkan, antaranya:

  • Snow White
  • Jet Grey
  • Space Grey
  • Armour Silver
  • Deep Marine Blue (warna baharu)
  • Ruby Red

Dari segi kosmetik, X70 MC2 bakal merima rekaan jeriji baharu bermotifkan elemen busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” dengan butiran berlian seperti yang ada pada model X90 dan S70.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jeriji baharu tersebut juga mirip versi kembarnya, iaitu Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina.

Namun, lampu belakangnya masih lagi mengekalkan unit yang sama seperti versi sedia ada, hanya rekaan bampar yang sedikit berubah.

Difahamkan juga, rekaan papan pemukanya masih lagi mengekalkan bentuk sedia ada dengan unit inforia serba baharu yang berkemungkinan ada ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Foto kredit Theottle

Mat Bond berkata, X70 MC2 masih belum beralih ke fasa pengeluaran massa memandangkan ada beberapa lagi unit model semasa yang berada di barisan pengeluaran.

Difahamkan, X70 MC2 telah pun menjalani sesi fotografi dan penggambaran iklan komersial sebelum cuti Hari Raya baru-baru ini.

Ia seolah-olah memberi petanda awal yang pelancaran X70 MC2 kian hampir dan akan dibuat dalam tempoh yang terdekat. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Iqbal

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply