ARKIB

KATEGORI

Buletin

PGA gerakkan kereta perisai ‘Commando V150’ dan unit dron di sepanjang Sungai Golok

Berita Tempatan

Views

Pasukan Gerakan Am (PGA) memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia -Thailand di sepanjang Sungai Golok dengan menggerakkan kereta perisai dan penggunaan dron.

Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan bermula dari Pos Ular di Pangkalan Kubor, Tumpat sehingga Pos Ibrahim Pencen di Rantau Panjang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam usaha mengekalkan kententeraman awam di sempadan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, rondaan itu juga dapat memberi gambaran persediaan Briged Tenggara melalui PGA berdepan sebarang ancaman sepanjang penugasan di sempadan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Rondaan anggota dijalankan menggunakan kereta perisai jenis Commando V150. Aset itu digerakkan susulan insiden letupan dan berbalas tembakan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain kereta perisai, pihaknya turut menggerakkan unit dron dalam mengukuhkan lagi kawalan udara di kawasan sempadan.

Mengulas lanjut, Hakemal memberitahu, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara akan menjalankan pemantauan dan mengesan pergerakan berkait kegiatan rentas sempadan.

Tambahnya, insiden letupan bom dan tembakan itu memberi kesan terhadap keselamatan sempadan negara apabila ia mampu menjejaskan kelancaran sosioekonomi harian masyarakat sekitar jika tidak ditangani secara berhemah. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply