ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET perluas rangkaian pengecasan di seluruh negara dalam memenuhi permintaan NEV

Berita Tempatan

Views

PRO-NET telah mengambil inisiatif memperluaskan rangkaian infrastruktur pengecasannya di seluruh Malaysia berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

Sejak memperkenalkan Pengecas DC di ibu pejabat Proton pada bulan Oktober tahun lalu, PRO-NET telah mengambil langkah proaktif dengan memperluas infrastruktur pengecasannya ke seluruh cawangan Proton Edar.

Dengan kerjasama Gentari, enam (6) Pengecas DC telah disiapkan dengan jumlah keseluruhan dua belas (12) ruang pengecas dengan setiap satunya dilengkapi dengan dua nozel.

Ini termasuk satu (1) unit setiap satu daripada 50 kW, 100 kW, dan 120 kW, serta tiga (3) unit pengecas 60 kW DC.

Pemasangan lima (5) pengecas DC dan tiga belas (13) pengecas AC di seluruh negara telah menyaksikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada dua puluh dua (22) ruang pengecas.

Selain itu, PRO-NET juga bersedia untuk meluaskan kehadirannya untuk memperkenalkan infrastruktur pengecasan tambahan sebagai sebahagian daripada rangkaian pembangunan pengedar di Sabah.

Penyediaan peta pengecas yang komprehensif juga termasuk dalam usaha PRO-NET bagi mengatasi kebimbangan jarak kepada pengguna EV.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Aplikasi Hello smart mengakses pengguna ke rangkaian stesen, termasuk status penggunaan stesen dan dapat memulakan sesi pengecasan dengan mudah.

Ketika ini, lebih 70 peratus daripada stesen pengecasan awam boleh diakses melalui Aplikasi Hello smart, hasil usaha kerjasama strategik dengan peneraju industri seperti chargEV, JomCharge, dan Gentari.

Sejajar dengan Strategi Kestabilan Global dan kesetiaan yang teguh dalam mempromosikan penyelesaian pengangkutan yang lestari, PRO-NET menjemput pelbagai pemilik jenama EV untuk menggunakan pengecas smart.

Walau bagaimanapun, akses kepada pengecas di pengedar Hap Seng buat masa ini hanya dikhaskan untuk pemilik smart dan Mercedes-Benz sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, smart tetap teguh dalam mengukuhkan kepimpinannya dalam sektor yang sedang pesat berkembang ini.

Tambahnya, dengan ekosistem penyelesaian digital seperti Aplikasi Hello smart serta peningkatan berterusan kemudahan pengecasan, smart tidak hanya bergerak seiring, malah mendorong ke arah gaya hidup bandar yang moden.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bukan itu sahaja, smart turut menegaskan akan komitmennya dalam menyediakan penyelesaian inovatif dengan memberikan keselesaan dan kelestarian bagi pemilik EV di seluruh negara.

Berikut adalah senarai kemudahan pengecasan di cawangan Proton Edar:

No.Pengedar / SyarikatNegeriBandarJenis PengecasBilangan Stesen PengecasBilangan Ruang PengecasOutput Pengecas (kW)
1PROTON Centre of ExcellenceSelangorShah AlamDC12100
2Pesat Auto CTMPahangKuantanDC12120
3YS AutoworldKuantanDC1260
4Mercu Usaha Mesra CorporationKedahSungai PetaniDC1260
5Anggerik MotorJohorSenaiDC1250
6JM Otomobil (Inovatif)KelantanKota BharuDC1260
7Tahap Puncak*MelakaBukit DC1260

*dikendalikan oleh Pengedar

Senarai kemudahan pengecasan di pengedar smart:

No.Pengedar / SyarikatNegeriBandarJenis PengecasBilangan Stesen PengecasBilangan Ruang PengecasOutput Pengecas (kW)
1Eleganz LifestylePenangJelutongDC12120
2Wheelcorp EVSelangorSetia AlamDC12120
3GB AutoPerakIpohDC1260
4EONSelangorGlenmarieDC1260
5Lee MotorsKedahAlor SetarDC1125
6GB AutoPerakIpohAC3311
7HapsengSelangorBalakongAC2211
8HapsengWilayah PersekutuanKuala LumpurAC2211
9Sigma AutoMelakaBachangAC2211
10PRO-NETSelangorSubang JayaAC2211
11EONSelangorGlenmarieAC2211

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply