Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima sebuah prototaip Kenderaan Penguatkuasa jenis Toyota Corolla Altis 1.8 AT baru-baru ini.
Majlis penyerahan disempurnakan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan MOT dan program Raikan Kasih MADANI, disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook.
Prototaip berkenaan dihasilkan dengan kerjasama antara UMW Toyota Sdn. Bhd. (UMWT). Ia bakal menjalani ujian pandu selama enam bulan oleh Bahagian Penguatkuasa JPJ.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Tempoh ujian ini penting bagi menilai sepenuhnya aspek kesesuaian kenderaan tersebut bagi tujuan operasi harian, sebelum sebarang keputusan penggunaan secara lebih meluas dibuat.
Dari aspek teknikal, Corolla Altis ini dilengkapi dengan lampu mata arah Wan-Ra Liberty 14 Bulb, pembesar suara Whelen Lo-Pro, serta siren Whelen HHS 3200.
Model sedan ini dikuasakan oleh enjin 1,78cc DOHC Dual VVT-i yang menjana 139PS dan 172Nm daya kilas, serta digandingkan bersama transmisi CVT tujuh kelajuan sequential shiftmatic.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Prototaip ini turut dihiasi pelekat badan khas dengan reka bentuk terkini, dicadangkan khusus untuk meningkatkan identiti dan keterlihatan di lapangan.
Turut hadir menyaksikan penyerahan kenderaan ini ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Ketua Setiausaha MOT, YBhg. Datuk Jana Santhiran Muniayan, serta barisan kepimpinan kanan JPJ Malaysia.
Dengan langkah ini, JPJ memperlihatkan komitmen mereka untuk terus memodenkan keupayaan operasi, seiring aspirasi negara ke arah sistem pengangkutan jalan raya yang lebih selamat, cekap dan berteknologi tinggi.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI