April 2025 menjadi bulan kejayaan buat Proton apabila syarikat itu mencatat peningkatan jualan sebanyak 14.7 peratus berbanding April tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12,692 unit (termasuk eksport, smart dan Proton e.MAS).
Peningkatan ini berlaku dalam pasaran yang kompetitif, dipacu tawaran harga agresif daripada jenama baharu, namun Proton berjaya mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif nasional, dengan anggaran bahagian pasaran 20.8 peratus.
Meskipun Jumlah Jualan Industri (TIV) hanya meningkat 1.8 peratus kepada 60,886 unit dan mencatat penurunan 16.3 peratus berbanding Mac akibat kesan musim perayaan, Proton tetap mencatat prestasi memberangsangkan, terutama dalam segmen kenderaan elektrik (EV) dan SUV.
Model elektrik sulung Proton, e.MAS 7, muncul sebagai EV paling laris di Malaysia untuk bulan keempat berturut-turut.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Pada April sahaja, 863 unit telah dijual, menjadikan jumlah tahun setakat ini (YTD) sebanyak 2,716 unit – mewakili 6 peratus daripada keseluruhan jualan Proton.
Walaupun hanya satu model dalam rangkaiannya, Proton e.MAS kini menduduki tempat kedua jualan EV nasional, mengatasi pesaing EV yang lebih lama bertapak.
Bukan itu sahaja, Proton turut menunjukkan kekuatan dalam segmen enjin pembakaran dalaman (ICE):
- Proton X50 – SUV segmen B terlaris April (2,389 unit), YTD meningkat ke 7,506 unit.
- Proton S70 – Sedan segmen C terlaris (1,716 unit), YTD 6,181 unit.
- Proton X90 – SUV segmen D pilihan utama dengan 194 unit dijual (YTD: 873).
- Proton X70 – SUV segmen C meningkat 44 peratus YTD kepada 2,839 unit.
- Proton Saga – Model terlaris Proton (5,213 unit April, hampir 21,000 unit YTD).
- Proton Persona – Sedan segmen B kedua terlaris (1,328 unit).
- Proton Iriz – 290 unit, kini di tangga ke-4 segmen hatchback B.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
April turut menandakan bulan terbaik eksport Proton bagi 2025 dengan 520 unit dihantar ke luar negara. Antara penyumbang utama ialah X50, Saga dan e.MAS 7.
Menariknya, e.MAS 7 turut dipratonton di The Car Expo, Singapura, sekali gus membuka lembaran baharu selepas Proton keluar dari pasaran negara itu pada 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, empat bulan pertama 2025 adalah tentang membina asas kukuh bagi pelancaran model-model baharu kami pada separuh tahun kedua.
Tambah beliau, penerimaan awam terhadap e.MAS 7 sangat menggalakkan dan akan diperluas ke pasaran eksport. Pihaknya juga yakin strategi ini akan melonjakkan jualan mereka ke tahap lebih tinggi.
Beliau turut menegaskan bahawa jualan eksport adalah antara pemacu utama pertumbuhan masa depan Proton, dengan penambahan model EV di luar negara akan membantu mempersiapkan syarikat menghadapi pertumbuhan penggunaan EV global.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI