ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jurutera Bendalir Litar Lumba PETRONAS, En De Liow beri inspirasi kepada pelajar Kolej Despark

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Lubricants International (PLI), anak syarikat pengeluar dan pemasaran pelincir global PETRONAS, dengan kerjasama Kolej Despark telah menganjurkan sesi temu mesra bersama Jurutera Bendalir Litar Lumba PETRONAS, En De Liow. Inisiatif sesi temu mesra ini dianjurkan bagi merapatkan jurang pengetahuan dengan menyediakan pendedahan dan gambaran industri sebenar dalam kerjaya ini.

Beliau yang bekerja rapat dengan pasukan lumba Mercedes-AMG PETRONAS Formula One (F1)  telah menyampaikan ceramah kerjaya kepada lebih 200 orang pelajar bertujuan untuk memupuk graduan yang bersedia memasuki industri.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Para pelajar mendapat gambaran yang menyeluruh tentang industri automotif serta belajar daripada pengalaman Liow. Beliau turut memainkan peranan menyediakan sokongan teknikal kepada pasukan lumba Mercedes-AMG PETRONAS F1 yang baru-baru ini memenangi gelaran F1 World Constructor’s Championship untuk kali ketujuh berturut-turut.

Selain itu, Liow turut menganalisis bahan bakar Primax, minyak enjin Syntium dan bendalir fungsi Tutela yang digunakan dalam kereta FI sebelum dan selepas perlumbaan bagi memastikan kereta berfungsi pada tahap yang optimum.

Giuseppe Pedretti, Pengarah Urusan Serantau Asia, PETRONAS Lubricants International (PLI) berkata, sebagai sebuah organisasi, pihaknya mahu memperkasakan generasi akan datang dengan gambaran dan perspektif industri yang sebenar.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Menurut Liow, beliau bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada anggota pasukan lumba Mercedes-AMG PETRONAS F1 kerana pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Harapannya adalah untuk berkongsi, memberi inspirasi dan memperkasakan bakat-bakat muda terutamanya mereka yang berminat dalam industri automotif.

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, para pelajar kolej dan universiti di Malaysia terpaksa melalui pembelajaran secara maya selama lebih setahun dan ini membawa pelbagai cabaran kepada mereka. Bagi para pelajar di sekolah-sekolah vokasional yang melibatkan latihan kemahiran secara amali, cabaran ini menjadi bertambah berat.

Mengulas tentang kerjasama ini, Ahmad Firdaus Mansor, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kolej Despark berkata, keselamatan dan kemajuan pembelajaran para pelajar sentiasa menjadi keutamaan mereka. Pihaknya mahu memastikan para pelajar dapat dibimbing menjadi graduan yang bersedia untuk memenuhi keperluan industri dengan memiliki pemahaman yang mendalam tentang industri automotif.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply