ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOP Aidilfitri, rentas daerah bakal diumum minggu depan

Berita Tempatan

Views

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan dijangka memutuskan beberapa perkara berkaitan sambutan Hari Raya antaranya prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dan rentas daerah.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Menurut portal MalaysiaGazette, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP yang bakal dikeluarkan itu berdasarkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM). Kata beliau, hari ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang, kemudian ia akan dibentangkan dalam sidang khas MKN pada Isnin ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Selepas ia dibentangkan (sidang khas MKN) barulah pihaknya boleh memutuskan sebarang keputusan dan mereka akan mendengar pembentangan KKM mengenai nasihat yang akan diberikan.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Program e-Bakat antara Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) bersama Mgate Emerging Technologies Sdn Bhd dan HRD Corp di Kem Kementah, hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply