ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jurutera cedera diserang jentera robot kilang rosak di Gigafactory Texas Tesla

Berita Global

Views

Seorang jurutera Tesla luka di tangan kiri akibat diserang oleh jentera robot yang rosak semasa memprogram dua lagi jentera robot kilang Tesla yang gagal berfungsi, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Daily Mail dari UK pada Selasa, merujuk kepada laporan kecederaan pada 2021 yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Travis County.

Jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin, memaksa dua rakan sekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera itu dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang dan lengan pekerja itu menyebabkan “luka dalam,” menurut laporan itu. Akhbar itu memetik Tesla sebagai berkata, bahawa jurutera itu tidak memerlukan cuti sakit.

Walaupun Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa, insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja, merujuk kepada peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pada masa yang sama, laporan itu merujuk kepada Hannah Alexander, seorang peguam bagi Workers Defence Project yang merupakan wakil pekerja kontrak kilang itu yang percaya jumlah kecederaan yang dialami di kilang itu kurang dilaporkan berdasarkan perbualannya dengan pekerja di kilang itu.

Beliau memberi nasihat supaya jangan percaya sangat dengan laporan itu akan penjelasan Tesla itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply