* foto laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Setelah isu saman cermin gelap menjadi panas akibat kemarahan rakyat, akhirnya bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan pada 2 dan 3 Jun lalu telah mencadangkan supaya kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus dari 50 peratus menurut laporan BERNAMA.
Namun penguatkuasaan akan memberi kelonggaran lima peratus lagi dengan mengambil kira ketidaktepatan alat pengukur ketelusan cahaya. Menjadikan ia sebanyak 25 peratus untuk VLT cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata bengkel tersebut turut mengesyorkan VLT cermin depan sebanyak 70 peratus dan cermin sesi pemandu, 50 peratus kekal.
JPJ juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap di pasaran sebelum penguatkuasaan dijalankan. Pihak JPJ tidak akan berkompromi dalam hal ini terutama terhadap kenderaan import yang menggunakan filem cermin gelap. Bengkel itu juga mencadangkan supaya penjual aksesori cermin gelap mempunyai alat menguji VLT dan ia perlu dikaliberasi setiap 12 bulan.
* Apa pendapat anda mengenai isu yang sedang hangat ini? Jom kita bincangkan. 🙂
bagus la.
Alhamudlillah…
Ni kes jpj malas nak tahan org la nie ..kalau bole nak jengah keta suspek dalam fortuner jerr.. awak ada kuasa tahan je la org yg awk nk ..lps tu salahkan org pkai cermin gelap.. skrg suara rakyat dpt perhatian ..ha masak kau ..
kecohlah ko ni dah bagi kelonggaran lagi pun masih nak memekak. heiii patutnyer dharamkan jer cermin gelap nih biar ko memekak dengan kuat lagi huh
jpj malas la pulak,, ntah apa2, sengal la kau ini..
Ni aku citer sbelum dpt tinted la ..kan sbelum ni ada yg komplen sbb cuaca pns n sbb2 privacy antaranya driver2 lori dpt intai keadaan pnumpang dlm keta di trafic light kerana keadaan lori yg tinggi ..kalau ada amoi yg jenis dok mngangkang dlm keta dpt tgk free jerr ..ini kan kalau anak bini kita. Yg bru sarung tinted 3k da kena koyak pon ade ..mau org xmengamuk ..last2 kes bwk ke org atas bru bley setel ..win to win situation ..
Ini yang sebaiknya…fair and square.
Apa-apa pun yang untung adalah pemilik kedai aksesori..
kpd jpj yg dihormati, sy hrp sgt2 ada undang2 untuk ketelusan cahaya cermin mata rosmah. kiri 50% dan kanan 60% tq
1st car wira 1.3 1995 manual. 2nd car kelisa 2002 special edition manual. 3rd car civic 1.6 1996 auto. 4th car waja cps 1.6 2002 auto. For now exora cfe standard 2013. All of this car none were ever tinted. Since i live in an equatorial climate region, a little bit of warm in my car doesn’t bother me.
correction: waja cps only produced in 2008 onward. your waja is Mitsubishi engine.
Beli aje panel van macam 2 kat bawah ni. Takde ketelusan langsung. Hah puas hati semua. JPJ pun tak boleh buat apa.
http://myfineride.com/wp-content/uploads/2013/11/15gpv-hiace-gallery-lwb-van-rear-749×422.jpg