ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi menyorok dalam but Bezza untuk cuba rentas negeri – Wanita warga Indonesia ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang wanita warga Indonesia yang ‘menyorok dalam but sebuah kenderaan e-hailing‘ untuk merentas negeri tanpa kebenaran, akhirnya berjaya dihidu polis ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops COVID-19, di Plaza Tol Simpang Ampat, di Alor Gajah pada petang ini.

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan anggota polis yang bertugas sebelum pemeriksaan di bahagian bonet mendapati wanita berusia 28 tahun dari Nilai, Negeri sembilan berada dalam keadaan terbaring.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, soal siasat awal mendapati pemandu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu mahu menghantar wanita yang tidak mempunyai pasport perjalanan sah itu berjumpa suaminya yang telah setahun tidak bertemu di Rembia, Alor Gajah.

Menurutnya, wanita yang sebelum itu duduk di bahagian belakang kenderaan, bertindak masuk ke dalam but sebelum melalui SJR berkenaan dan perbuatan itu dilihat anggota yang bertugas. Ketika kejadian anggota bertugas terdiri daripada empat anggota polis, dua anggota tentera dan seorang petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Katanya, penahanan lelaki itu kemudian membawa kepada tangkapan kedua yang dimaklumkan dari Nilai untuk ke Rembia, Alor Gajah. Mengulas lanjut, Arshad berkata, kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan lelaki itu turut disiasat di mengikut Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah.

Tambah beliau lagi, wanita itu pula disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tiada pengenalan diri yang sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply