ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kedai Perdana Automotif 3M kini di Lazada

Views

3M Malaysia baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kereta DIY mereka di Kedai Perdana Automotif 3M yang rasmi dan yang pertama di Lazada. Ia akan membolehkan para penggemar kereta, dan individu-individu yang suka melakukan kerja-kerja pembaikan dan penarafan dengan sendiri untuk memelihara keadaan kenderaan mereka secara ekonomik dengan menggunakan produk-produk gred profesional.

En. Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia berkata, 3M berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kereta yang mudah untuk digunakan dan berasa teruja untuk melancarkan Kedai Perdana Automotif 3M yang pertama dengan Lazada. Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia pula berkata, mereka amat berbesar hati untuk menerima penyertaan 3M Malaysia di LazMall dengan kedai perdana mereka yang berpaksikan produk-produk automotif.

Antara produk yang dijual menerusi Kedai Perdana Automotif 3M di Lazada adalah 3M™ Headlight Restoration Kit dengan Trizact™ Abrasives yang mampu membaik pulih kecerahan lampu depan yang diperbuat daripada plastik dengan hanya empat langkah mudah. Kit tersebut juga didatangkan dengan sacet lilin sintetik untuk menawarkan perlindungan tambahan bagi hasil yang dapat kekal berpanjangan.

Selain itu produk lain seperti 3M™ Rubbing Compound pula boleh digunakan untuk menghilangkan kesan calar. Produk ini juga menghilangkan oksidasi serta kesan kotoran dan kecelaan yang lain. Ia selamat digunakan ke atas cat 2K, lapisan cat jernih (clear coat) dan lapisan cat lakuer dengan gosokan yang lembut.

3M™ One-Step Cleaner Wax pula mampu mengembalikan keterampilan kenderaan anda yang lusuh, namun, anda diingatkan untuk memeriksa dahulu kesan calar pada kenderaan anda. Jika kesan calar tersebut terlalu dalam atau terlalu luas, produk tersebut tidak dapat menghilangkan kesan calar tersebut dengan sepenuhnya.

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

3M™ Scratch & Scuff Removal Kit membolehkan anda mengembalikan sinar dan gilapan daripada kesan calar yang ringan dan sederhana serta kawasan cat yang tergores dengan pantas, mudah dan tanpa bantuan peralatan tambahan. Berserta dengan 3M™ Rubbing Compound, kit tersebut juga didatangkan dengan kepingan halus pelelas grit P3000 (P3000 grit abrasive square) yang dapat menghilangkan goresan dan calaran.

Kedai Flagship Automotif 3M yang rasmi di Lazada bermatlamat untuk membekalkan pilihan pembelian yang sesuai dan memudahkan bagi para pengguna. Kedai dalam talian tersebut akan menyediakan rangkaian produk automotif yang premium dan tulen seperti 3M™ Complete Fuel System Cleaner, 3M™ Glass Cleaner, 3M™ Leather & Vinyl Restorer dan 3M™ Tire Restorer pada harga yang berpatutan.

Sempena pelancaran ini, 3M Malaysia juga menawarkan diskaun yang menarik bagi para pembeli di Lazada. Bermula dari 19 September sehingga 19 Oktober 2018, empat pakej produk penjagaan kereta yang istimewa juga akan ditawarkan dengan diskaun yang bernilai RM 30.

Antara pakej yang ditawarkan adalah:

  • Pakej calaran ringan dan sederhana pada harga RM 99.00 yang merangkumi 3M™Rubbing Compound, 3M™ One-Step Cleaner Wax dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth.
  • Pakej untuk memulihkan semula lampu depan yang kabur pada harga RM 154.30 yang merangkumi 3M™ Headlight Restoration Kit, 3M™ Headlight Clear Coat dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth.
  • Pakej untuk menghilangkan kesan calar yang ringan serta cat yang dipindahkan ke kereta mereka ekoran kemalangan yang kecil yang merangkumi 3M™ Scratch and Scuff Remover, 3M™ One-Step Cleaner Wax dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth pada harga RM 145.20.
  • Pakej untuk mencegah kesan tera air (watermarks) yang merangkumi 3M™ Glass Cleaner, 3M™ Glass Coat Windshield dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth berharga RM 63.90.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook 3M Auto Care @3mAutoCareMY atau kunjungi Kedai Flagship Automotif 3M di Lazada melalui https://www.lazada.com.my/shop/3m-auto-care/.

Khas untuk pembaca setia kami, 3M memberi anda kod promosi untuk mendapatkan diskaun tambahan 15 peratus untuk kit penjagaan kereta 3M di Lazada. Sila taip kod ini 3MFUN15 untuk mendapatkan diskaun tambahan. Promosi sah sehingga 19 Oktober 2018. Cepat, cepat.. jangan lambat, lambat!

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply