ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘MG Raya Lebih Gaya’ tawar pelbagai ganjaran menarik

Berita Tempatan

Views

Sempena kempen ‘MG Raya Lebih Gaya‘ musim perayaan ini, MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif, insentif kewangan, serta naik taraf tempat duduk premium kepada pelanggan yang ingin beraya dengan lebih bergaya.

Sedan segmen B terbesar di Malaysia, MG5, kini ditawarkan dengan rebat tunai RM10,000 dan ansuran bulanan serendah RM860. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2025.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Untuk barisan kenderaan elektrik (EV) pula, pelanggan boleh menikmati ansuran percuma sehingga 20 bulan untuk MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard, dengan nilai masing-masing RM26,000, RM16,000, dan RM8,500.

Menambah lagi keterujaan, pemilik baharu dan sedia ada MG4 Standard kini boleh menaik taraf kepada tempat duduk Leatherette dengan kemasan Suede pada harga eksklusif RM1,600.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Tidak dilupakan model SUV MG HS, yang turut ditawarkan dengan rebat RM5,000. Bukan itu sahaja, setiap pembelian kenderaan MG dalam tempoh promosi ini disertakan dengan Blind Box Giveaway, istimewa buat pelanggan.

Pengedar Sah MG juga akan menganjurkan MG Lebih Gaya Weekend, memberikan peluang untuk pelanggan memandu uji model MG dan menikmati tawaran eksklusif ini.

Dengan ‘Raya Lebih Gaya’, pelanggan MG dapat menikmati lebih banyak penjimatan, keselesaan yang dipertingkatkan, dan sentuhan kemewahan sepanjang musim perayaan. Kunjungi bilik pameran MG terdekat untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply