Sempena menyambut musim perayaan ini, Setel memperkenalkan kempen khas ‘Vroom Vroom Raya Setel‘ untuk penunggang motosikal bermula 19 Mac hingga 19 Mei 2025.
Kempen ini menawarkan ganjaran eksklusif bagi membolehkan lebih ramai penunggang motosikal menikmati manfaat serta berpeluang memenangi hadiah mingguan setiap kali mereka menggunakan Setel.
Penunggang motosikal di seluruh negara berpeluang merebut lebih daripada 200 hadiah pulangan tunai mingguan bernilai sehingga RM150 hanya dengan mengisi minyak menggunakan Setel.
Dengan perbelanjaan minimum serendah RM3, mereka juga layak menyertai cabutan hadiah utama pulangan tunai bernilai RM5,000.
CEO Setel Ventures Sdn. Bhd. (Setel Malaysia), Ayman Awaluddin berkata, pihaknya ingin membantu rakyat Malaysia berjimat, terutamanya buat para penunggang motosikal yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.
Sepanjang tempoh kempen, pengguna Setel boleh mengumpul penyertaan untuk hadiah mingguan dan hadiah utama dengan perbelanjaan minumum RM3 menggunakan kaedah pembayaran berikut:
JENIS PERBELANJAAN | BILANGAN PENYERTAAN | KAEDAH PEMBAYARAN |
RON95, RM3 – RM10 | 1 Penyertaan | Bayar dengan Dompet Setel atau Dompet Keluarga |
RON95, RM3 – RM10 | 3 Penyertaan | Bayar dengan kad Kredit/Debit melalui Setel |
Bonus | 5 Penyertaan Tambahan | Gunakan ciri Pengisian One-tap |
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Pengguna yang belum memuat turun aplikasi Setel boleh melakukan sedemikian dan mendaftar atas aplikasi dengan menggunakan kod promosi kempen “c-vroom” dalam tempoh kempen.
Selepas mendaftar, pengguna baharu layak untuk menerima pulangan tunai sehingga RM10 selepas belanja minimum minyak sebanyak RM3. Mereka juga akan menerima 10x penyertaan untuk cabutan hadiah mingguan dan ganjaran utama secara automatik.
Isi minyak pantas dengan ciri Pengisian One-tap dan dapatkan 3x mata ganjaran Mesra Rewards
Pekerja gig digalakkan mengambil kesempatan ini untuk menikmati lebih banyak penjimatan sepanjang tempoh kempen.
Ini ialah masa terbaik untuk mencuba Pengisian One-tap, ciri eksklusif Setel yang memudahkan serta mempercepatkan proses pengisian minyak.
Dengan hanya satu ketikan, pengguna dapat mengisi minyak dengan lebih pantas dan tanpa kerumitan, sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk.
Selain itu, pengguna juga berpeluang memperoleh sehingga 3x lebih mata ganjaran Mesra Rewards, di samping pulangan tunai serta pelbagai ganjaran lain.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Lebih banyak mata ganjaran yang dikumpulkan, lebih banyak mata ganjaran boleh ditebus untuk pembelian minyak.
Sahkan Akaun Setel anda untuk menikmati lebih banyak ciri
Untuk dapatkan pengalaman yang lebih lancar dan selamat, Setel mengesyorkan pengguna untuk mengesahkan akaun mereka.
Pengesahan ini akan membolehkan had dompet dan perbelanjaan yang lebih tinggi, memberikan akses kepada Dompet Keluarga, pemprosesan pulangan tunai yang lebih pantas, serta perlindungan tambahan daripada risiko penipuan.
Proses pengesahan adalah ringkas dan boleh dibuat sepenuhnya menerusi aplikasi Setel. Menerusi kempen Vroom Vroom Raya Setel, pengesahan akaun ini memastikan pengguna menerima kelayakan penuh untuk ganjaran dan memudahkan proses penebusan hadiah.
Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan segmen pelanggan tertentu bagi memenuhi sebahagian daripada komitmen Setel dalam menyediakan ganjaran yang sesuai.
Kempen ini berlangsung serentak dengan promosi lain sambil memastikan keistimewaannya tersendiri tanpa sebarang pertindihan ganjaran atau penebusan berganda yang tidak diingini. Layari https://www.setel.com/promotions/vroom-vroom-raya untuk maklumat lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI