ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan BMW dan pakej servis MINI alami kenaikan bermula Januari 2024

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, BMW Group Malaysia mengumumkan kemaskini harga berpurata sekitar 2.3 peratus (termasuk BSRI) dan 0.3 peratus (termasuk MSRI) bagi model-model kenderaan BMW dan MINI untuk pasaran tempatan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pengemaskinian harga ini adalah disebabkan kadar inflasi global semasa serta kos pembuatan yang semakin meningkat dan ia akan bermula pada 1 Januari 2024.

Bagi memastikan program waranti dan penyelenggaraan BMW Group Malaysia dapat terus ditawarkan dengan standard yang tertinggi, harga pakej Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta MINI (BSRI/MSRI) akan mencerminkan pengemaskinian harga tersebut mulai 1 Januari 2024, menyumbang kepada kenaikan harga keseluruhan kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Merentasi seluruh portfolio BMW, akan terdapat peningkatan harga keseluruhan sebanyak 1 hingga 2 peratus tidak termasuk BSRI di Malaysia.

Bagi portfolio MINI, barisan kenderaan semasa tidak akan menerima pengemaskinian harga di Malaysia. Bagaimanapun, kenaikan kadar MSRI 2024 akan terpakai bagi semua model, dengan kenaikan dalam lingkungan 0.3 hingga 0.5 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply