ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Xiaomi SU7 jalani ujian di China, kelihatan sedikit bentuk papan pemuka

Foto Intip

Views

Unit ujian kereta elektrik (EV) pertama Xiaomi, SU7 telah mula menjalani ujian jalan raya di China. Meskipun sarat dengan pelitup celoreng, ‘pengintip’ model sedan ini berjaya merakam foto sebahagian ruang kabinnya.

Dalam artikel terdahulu, beberapa foto dan juga spesifikasinya telah pun dimuatnaik ke portal Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

Model yang sedang diuji ini merupakan varian mercu, kerana ia dipasang dengan penderia LiDAR pada bahagian bumbung (bukan di belakang cermin hadapan) dan ‘spoiler aktif’ pada pintu but belakang.

Ia turut dilengkapi dengan penderia Pengecaman Wajah (Face ID) pada tiang-Bnya. Jadi, ini bermakna ia merupakan varian SU7 Max. Selain SU7 Max, ada dua varian lagi di bawahnya, iaitu SU7 dan SU7 Pro.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Apa yang menarik, kali ini kita dapat melihat sedikit rekaan kabinnya terutama sekali bentuk stereng tiga jejari yang rata di bahagian bawah, panel instrumen digital serta paparan inforia rekaan terapung.

Dari segi dimensi, SU7 berukuran 4,997 mm panjang, 1,963 mm lebar dan jarak rodanya pula 3,000 mm. Ia akan ditawarkan dengan dua pilihan saiz roda, iaitu 19-inci (245/45 R19) dan 20-inci (245/40 R20).

Dua pilihan rangkaian kuasa ditawarkan, iaitu versi pacuan roda belakang (RWD) dengan motor berkuasa 220 kW dan versi pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa maksimum 495 kW.

Pek bateri LFP dibekalkan oleh BYD untuk varian lebih murah dan bateri ternari NMC untuk varian premiumnya pula dibekalkan oleh CATL.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Berat kerb SU7 pula adalah 1,980 kg dan kelajuan maksimanya telah dihadkan kepada 210 km/j untuk model spesifikasi rendah. Bagi varian mercu, ia mempunyai berat kerb 2,205 kg dengan kelajuan maksima 265 km/j.

Sistem pengoperasian SU7 akan dikuasakan oleh HyperOS, sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi yang boleh digunakan pada peranti pintar dan kereta.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi ETC yang membolehkan pemandu membayar tol secara automatik tanpa perlu memberhentikan kenderaan mereka.

Fasa pengeluaran besar-besaran model empat-pintu, lima-tempat duduk ini akan bermula pada Disember 2023, manakala penghantarannya pula dijadualkan pada Februari 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tycho de Feijter

Xiaomi SU7

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply