ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan luar masuk ke Pulau Pinang bakal dicaj

Views

Sinar Harian melaporkan Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee mencadangkan kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dikenakan caj bagi menggalakkan pengunjung ke negeri tersebut menggunakan pengangkutan awam. Langkah itu juga dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki pulau tersebut, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding 10 tahun lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya. Beliau berharap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi. Terdahulu, Jason Ong menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang.

Jason berkata, sekiranya kerajaan negeri ingin menggerakkan manusia, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam. Kerajaan negeri juga perlu mempunyai ‘kehendak politik’ untuk menempatkan semula atau menghentikan aktiviti penjaja haram jalanan serta parkir haram.

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

Dalam perkembangan lain, Jason Ong memohon DUN Pulau Pinang mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal susulan dua kejadian tanah runtuh di negeri ini. Menurutnya, suruhanjaya itu juga boleh digunakan untuk Lebuh Raya Pan Island Link 1(PIL1) berikutan projek itu memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Suruhanjaya ini akan dilaporkan kepada DUN atau Dewan Rakyat yang mana, ia bakal diketuai juru ukur bangunan dengan barisan jurutera awam dan profesional berkelayakan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja, mitigasi, rektifikasi dan sebagainya.

Ia juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan garis panduan dan kriteria yang diperlukan Penilaian Impak Sosial, Penilaian Impak Alam Sekitar, Penilaian Impak Lalu Lintas dan sebagainya. Suruhanjaya ini juga perlu dilengkapi dengan Sistem Informasi Geografi (GIS) untuk menyediakan ‘landslide and flood hazard mapping’ untuk seluruh Pulau Pinang.

Foto kredit Wikipedia.

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply