ARKIB

KATEGORI

Buletin

CATL bangunkan ‘pelantar papan selaju’ dengan jarak pandu 1,000 km, model pertama dilancar pada 2024

Berita Global

Views

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL), baru-baru ini mengumumkan ujian pelantar papan selaju (skateboard) CATL Integrated Intelligent Chassis (CIIC) telah pun selesai dan berjaya mencapai jarak 1,000 km.

Ia berupaya mencapai jarak pandu sejauh 300 km dengan tempoh pengecasan hanya 5 minit sahaja. Model yang menggunakan pelantar ini adalah sedan segmen B yang berkemungkinan dari Neta.

CIIC merangkumi bateri, motor elektrik dan beberapa unit kritikal lain menjadi satu pelantar yang menyokong kenderaan elektrik (EV), mengurangkan kos pengeluaran, berat kenderaan dan penggunaan tenaga sambil memaksimumkan ruang bagi penumpang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Januari lalu, rakan kongsi pertama yang menandatangani perjanjian dengan CATL untuk menggunakan casis papan selaju mereka ialah pengeluar EV China, Hozon Auto, yang memiliki jenama Neta.

Kedua-dua syarikat bekerjasama untuk membangunkan pelantar bersama-sama dan mengumumkan model pertama dari CIIC akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) 2024.

CIIC sepatutnya membawa tahap integrasi yang tinggi antara kereta dan casis, mengurangkan kos dan kitaran pembangunan keseluruhan.

Pada 30 November, Ketua Saintis CATL Wu Kai mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kejayaan dalam pembangunan CIIC pada Sidang Kemuncak Tasik Dishui Persidangan Automotif Antarabangsa.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Keputusan ujian telah diumumkan setelah ia selesai menjalani ujian musim sejuk di Heihe, utara China dan ujian musim panas di Turpan. CIIC mampu mencapai jarak 1,000 km, dengan kecekapan pek bateri 75 peratus.

Menurut CATL, dalam suhu rendah -7 darjah, julat dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus. Penggunaan tenaga adalah 10.5 kWj/km dan ia boleh dicas dalam tempoh 5 minit untuk menambah jarak 300.

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa CIIC menyepadukan sistem voltan tinggi dan voltan rendah, sistem stereng dan brek, dan pengawal domain casis, serta menggunakan teknologi sel-ke-casis (CTC).

Pengeluaran besar-besaran EV pertama dengan CIIC akan bermula pada suku ketiga tahun depan. – CarNewsChina

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply