ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tidak berhasrat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga

Views

Sinar Harian yang memetik laporan dari Bernama berkata kerajaan tidak ada sebarang keputusan untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Projek kereta nasional ketiga itu memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar dan disebabkan itu ia memerlukan penglibatan pelaburan swasta. Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menyalurkan peruntukan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Beliau berkata, sehingga sekarang pihak kerajaan dalam Belanjawan 2019 pun tidak ada peruntukan sedemikian tetapi ini hanya untuk R&D. Tidak salah membuat R&D sekiranya ia membuahkan hasil, yang boleh digunakan oleh Proton mahupun DRB-Hicom dan ia tidak semestinya untuk kereta ketiga. Namun jika ada pelaburan swasta, ia boleh digunakan untuk projek kereta nasional ketiga.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Pelaburan untuk membina kereta nasional ketiga memakan belanja sehingga berbilion-bilion USD dan Guan Eng turut mengingatkan kepada pihak lain supaya jangancuba mebuat andaian yang bukan-bukan berdasarkan maklumat yang tidak tepat dan tidak berasas. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan naik taraf Kaunter Aduan Balai Polis Butterworth.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan cadangan mewujudkan jenama kereta nasional baharu, bagi menggantikan Proton yang sudah tidak dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely. Guan Eng berkata, R&D adalah sesuatu yang harus digalakkan dan kerajaan amat menggalakkan mana-mana pihak untuk menjalankan R&D dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berinovasi.

Sebagai contoh, jika kita buat R&D dalam bahan-bahan berkaitan dengan ‘aeroangkasa’ ia tidak bermakna kita ingin membina kapal terbang sendiri. Ini kerana teknologi sekarang bukanlah ‘berdiri sendiri’ dan ianya berhubung kait dengan yang lain. Belia menambah, sekiranya kementerian hendak melabur menggunakan peruntukan mereka dalam R&D, ia tidak menjadi masalah, tetapi janganlah pula kaitkannya dengan kereta nasional ketiga.

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply