ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu e-panggilan wajib lulus PSV sebelum Julai 2019, tiada lagi tempoh lanjutan

Views

Berita ini mungkin menyejukkan sedikit hati pemandu teksi yang terkesan dengan kewujudan perkhidmatan e-panggilan. Semalam New Straits Time melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan tidak akan melanjutkan tarikh tutup 12 Julai 2019 untuk pemandu e-panggilan untuk menjalani kursus Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan mendapatkan lesennya sepertimana pemandu teksi.

Bermula 1 Januari 2019, semua pemandu e-panggilan akan dikehendaki untuk mendaftarkan lesen PSV seperti pemandu teksi lain. Kata beliau, jika mereka boleh mendapat ribuan ringgit sebulan, sepatutnya tiada alasan lagi untuk mereka mendapatkan PSV. Tambah beliau lagi, mereka yang gagal berbuat demikian sebelum tarikh tutup akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Berkuatkuasa 12 Julai 2019, Kementerian Pengangkutan telah mengawal selia perkhidmatan e-panggilan melalui Akta Spad (pindaan 2017) dan Akta Lesen Kenderaan Komersil (pindaan 2017). Tarikh tutup adalah pada 12hb Julai 2019, oleh itu tempoh lanjutan selama setahun diberikan untuk pemandu e-panggilan untuk mematuhinya. Loke berkata demikian kepada media selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan pas tanpa had Prasarana Malaysia Bhd, My100 dan My50.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

PSV yang bernilai RM115 setahun adalah jenis lesen memandu vokasional yang membolehkan memandu mana-mana jenis kenderaan komersil yang digunakan untuk membawa penumpang berbayar seperti teksi dan bas. Pemandu e-panggilan yang menjalani PSV, pada separuh pertama 2019 akan dikenakan pemeriksaan latar belakang, pemeriksaan kesihatan, dan menjalani modul latihan memandu selama enam jam, dengan kos RM200 seorang, di sekolah memandu atau syarikat yang diakreditasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat(APAD).

Loke mengulangi PSV adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal selia industri e-panggilan dan mewujudkan persaingan yang adil dengan teksi. Kumpulan pemandu teksi telah lama mengadu tentang tahap tanggungjawab yang rendah bagi sesiapa sahaja untuk menjadi pemandu e-panggilan, tanpa perlu mematuhi peraturan yang dikenakan pada pemandu teksi.

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply