ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #1 dilancarkan pada 21 November, akan disiar langsung secara dalam talian!

Berita Tempatan

Views

Setelah puas ‘mengacah’, pengaktifan dan pengalaman pemanduan yang mengujakan, smart Malaysia kini ‘siap siaga’ untuk melancarkan model SUV elektrik premium terbaharunya, smart #1.

Sehubungan dengan itu, smart Malaysia menjemput orang ramai untuk merasai teknologi terkini, reka bentuk premium, dan keterhubungan yang sempurna pada model SUV premium unik ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Direka oleh Mercedes-Benz dan dihasilkan oleh Geely, smart #1 mewakili inovasi dalam industri automotif. Sudah semestinya smart Malaysia akan mengumumkan harga dan kelebihan eksklusif kenderaan elektrik tersbut semasa hari pelancarannya.

Jadi, jangan terlepas pengumuman tawaran harga eksklusif dan pakej keseluruhan secara maya dan pastikan anda mengikuti smart Malaysia untuk memulakan perjalanan yang akan mentakrifkan semula gaya hidup anda!

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Anda boleh menonton siaran langsung acara pelancaran smart #1 pada jam 4:00 petang, Selasa, 21 November 2023 menerusi akaun Facebook rasmi, smart Malaysia.

Pastikan anda RSVP dengan mengklik “Berminat” di halaman acara kami di sini, dan nantikan kemas kini yang menarik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply