ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta rosak selepas isi minyak di stesen PETRONAS Solaris Besraya – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mohon maaf dan bayar ganti rugi

Views

Video lebih dari 20 buah kenderaan yang mengalami masalah dan tersadai selepas mengisi minyak di Stesen PETRONAS Solaris Besraya pagi tadi telah tular di laman sosial. Pihak PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan ringkasnya kira-kira tiga jam yang lalu mengambil serius terhadap perkara ini dan memohon maaf kepada semua pelanggan di atas kesulitan yang berlaku. Pihak PDB telah telah menghubungi para pelanggan yang terlibat, mengambil tindakan yang sepatutnya dan akan memberi pampasan yang sewajarnya kepada mereka.

JOM BACA >> RAMALAN : Model apakah yang bakal dikeluarkan oleh Proton dan Perodua tahun depan?

Penilaian awal menunjukkan perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengendalian produk di stesen tersebut sahaja. Stesen PETRONAS Solaris Besraya kini telah ditutup buat masa ini sementara siasatan dijalankan. PDB mengesahkan tiada stesen PETRONAS yang lain terlibat dalam insiden tersebut. PDB juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas isu ini dan memohon maaf sekali lagi.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply