ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Borgward BX5 sedang diuji, bakal masuk pasaran Malaysia tahun depan

Views

Sebuah lagi SUV dijangka bakal di Malaysia tahun depan dan ia telah dikesan sedang melakukan ujian percubaan. Model SUV yang dimaksudkan itu adalah Borgward BX5 yang sepatutnya dilancarkan penghujung September lalu. Kami menjangkakan kelewatan tersebut mungkin berpunca dari proses kelewatan kelulusan dari kerajaan selain pengenalan peraturan baharu.

Satu foto intipan telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi Borgward Malaysia yang menunjukkan model SUV tersebut sedang menjalani ujian terakhir jalan raya untuk mendapatkan kelulusan dari kerajaan. Model ini buat kali pertama dipertontonkan pada penghujung April lalu bersama sebuah lagi model BX7, tetapi unit yang dipamerkan ketika itu masih lagi dengan pemanduan sebelah kiri.

JOM BACA >> RAMALAN : Model apakah yang bakal dikeluarkan oleh Proton dan Perodua tahun depan?

Borgward BX5 mempunyai dua pilihan enjin, 1.8 liter turbo yang mampu menghasilkan 190 PS dan 280 Nm tork dan enjin dengan kapasiti lebih kecil untuk pasaran China, 1.4 liter turbo yang mampu menghasilkan 150 PS dan 250 Nm tork. Kedua-dua enjin ini digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik yang merupakan produk terbaharu dari Aisin.

Untuk pasaran Malaysia, kami masih belum lagi mendapat butiran lanjut mengenai spesifikasinya dan model ini akan dipasang secara tempatan (CKD). Jenama Borgward di Malaysia akan dikilangkan dan diedarkan oleh Go Bremen Motors yang dilantik sebagai pengedar rasmi untuk pasaran tempatan dan juga beberapa pasaran terpilih di negara rantau Asia Tenggara. Dikhabarkan model BX5 bakal dijual dengan tanda harga di bawah RM100k seunit.

Ranggi juga reka bentuk BX5 ni kan? Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply