ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kian – Pembantu Maya dari KIA yang berfungsi sebagai penasihat jualan

Views

Kia telah melancarkan ‘Kian’, pembantu maya yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan untuk menawarkan pelanggan pengalaman berbelanja dalam talian yang lebih baik. Kian boleh ditemui pada halaman Kia Facebook Messenger dan menurut Kia, program ini bakal berada di laman sesawang Kia.com, yang akan menawarkan bantuan 24/7.

Kian sebenarnya mirip kepada NiroBot, tetapi dalam versi yang lebih baik. Ia akan membenarkan pembeli untuk membuat kajian secara keseluruhan dari segi harga, anggaran pembayaran, tawaran khusus, membuat perbandingan, melihat foto dan video, mencari inventori kenderaan dan juga mencari peniaga berdekatan untuk anda.

Setelah pembeli selesai menanyakan Kian satu siri soalan, keupayaan pemprosesan bahasa semulajadi program ini akan mengadakan perbualan dengan anda, ibarat berbual dengan pakar automotif manusia. Kian diprogramkan untuk memahami kehendak pelanggan individu dan kemudiannya memberikan bantuan keputusan pembelian dengan segera dan intuitif.

Menurut CarLabs, yang membantu Kia mencipta pembantu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, Kia boleh menjawab soalan seperti:

– Tunjukkan saya SUV yang mampu mendapat sekurang-kurangya 25 batu untuk setiap galon dalam bandar.
– Tunjukkan saya inventori semasa di pengedar Kia tempatan saya.
– Adakah 2017 Cadenza mempunyai lebih kuasa kuda berbanding 2017 Acura TLX?
– Apakah harga permulaan Forte?
– Tunjukkan kepada saya kenderaan Kia yang boleh memuatkan tujuh penumpang.
– Apakah MPG Optima Hybrid?

Makin canggih sekarang kan, pakai program je untuk layan pelanggan. Entah-entah pada masa akan datang nak beli kereta pun tak perlu berjumpa jurujual lagi dah, sembang dengan pembantu maya secara atas talian je. Hebat kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply