ARKIB

KATEGORI

Tular

Komponen gandar belakang Chery Omoda 5 ‘tiba-tiba tertanggal’ ketika sedang dipandu – Meter perbatuan baru cecah 6,806 km

Tular

Views

Nama Chery Omoda 5 naik sekali lagi! Selepas isu kegagalan brek dalam artikel terdahulu, kali ini isunya juga berat kerana melibatkan komponen penting iaitu gandar belakang.

Seorang pemilik Omoda 5 bernama Stephanie meluahkan rasa kecewa menerusi akaun Facebook setelah komponen gandar belakang SUV miliknya itu ‘secara tidak semena-mena tertanggal‘ semasa sedang dipandu.

Jelasnya, detik cemas itu berlaku semasa dia dan tiga rakannya yang berada di dalam kereta tersebut ketika melalui selekoh jalan. Mujurlah pada ketika itu dia memandu pada kelajuan rendah.

Apa yang menghairankannya, laluan tersebut ‘tiada bonggol dan jalan berlubang‘, bahkan kereta tersebut juga belum pernah mengalami kemalangan. Meter perbatuan Omoda 5 itu juga baharu sahaja mencecah 6,806 km.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jika melihat kepada rakaman kamera pemuka (dashcam) dari arah depan dan belakang, Omoda 5 itu secara tiba-tiba terhenti begitu sahaja selepas komponen gandar belakang tertanggal.

Malah ia hampir-hampir menyebabkan tiga beranak yang menaiki skuter melanggar belakang keretanya, namun mereka sempat mengelak.

Stephanie juga meminta penjelasan daripada pihak Chery Malaysia, kerana hasil pemerhatiannya sendiri mendapati seperti hanya terdapat dua titik kimpalan dan bukannya di sepanjang kawasan (yang tertanggal) itu.

Kelihatan juga seakan-akan seperti ada kesan karat yang menghakis kawasan tersebut yang boleh menjadi punca komponen itu tertanggal begitu sahaja.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terkini, keretanya telah ditunda ke pusat servis Balakong untuk siasatan terperinci oleh pihak Chery. Agak mengejutkan, salah seorang penasihat jualan dari cawangan pengedar ini memaklumkan, ia merupakan kes yang kedua seumpamanya.

Kes yang pertama telah diselesaikan dengan pantas dan penasihat jualan itu memberitahunya supaya jangan risau kerana mereka akan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Stephanie turut ditawarkan dengan kereta gantian sementara, namun telah ditolaknya. Dia juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan sehingga hasil pemeriksaan dikeluarkan.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Chery Malaysia berhubung isu berkenaan. Hingga artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah menerima lebih 475 komen dan 14,000 perkongsian di laman Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Stephanie

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply