ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmikan pusat R&D di Teluk Hangzhou, China

Berita Global

Views

Proton baru-baru ini telah merasmikan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China bagi mengukuhkan lagi usahasama dengan rakan kongsinya Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely).

Bertempat di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou, pembukaan fasiliti itu juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Upacara perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar. Pembukaan fasiliti ini memperkukuhkan dan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman Proton dengan sumber dan pengetahuan Geely.

Pusat ini juga akan membantu meningkatkan kerjasama rentas sempadan, memudahkan pemindahan pengetahuan antara Proton dan Geely, serta memacu inovasi untuk produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelanggan Proton.

Selain itu, Proton juga akan terus melabur dan mengembangkan kemudahan R&D tempatannya di Shah Alam dan Tanjong Malim.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan aspirasi yang mencerminkan kisah kejayaan Teknologi Kenderaan Euro China (CEVT) di Gothenburgh, Sweden, perkembangan terbaharu ini mampu mendorong pusat R&D Proton di Malaysia menjadi pusat R&D global kumpulan Geely yang keenam dalam rangkaian tersebut.

Pusat baharu itu akan mengabungkan kepakaran dan pengalaman jurutera dari Malaysia dan China, seramai kira-kira 50 tenaga kerja.

Dengan adanya fasiliti ini, Proton dan Geely bakal menyepaduan reka bentuk luaran (top-hat) dan pelantar untuk ICE dan model EV masa hadapan kepada pemanduan pintar, dan pengurusan projek.

Ini termasuk kerja menaik taraf model buatan sendiri Proton di mana pusat itu akan memanfaatkan sumber bersamanya, dengan bantuan Geely dalam kerja yang diketuai oleh jurutera R&D Proton di Malaysia.

Ia juga akan berfungsi sebagai platform penghubung yang kritikal untuk Proton melibatkan diri dengan vendor yang berkebolehan untuk pembangunan secara berterusan di Automotif High Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim, Perak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pusat ini terdiri daripada tiga jabatan bagi memastikan operasi yang lancar, iaitu Institut Penyelidikan Pusat, Pusat Pembangunan Perisikan Data dan Pusat Pendigitalan R&D.

Jabatan-jabatan ini akan menyelaras rapat dengan rakan sejawatan Geely untuk memanfaatkan sumber tempatan di China dan bertanggungjawab ke atas hasil pembangunan pasukan masing-masing.

Institut Penyelidikan Pusat bertanggungjawab untuk menyelaraskan sistem R&D bagi kenderaan dan mengukuhkan keupayaan teknologi Proton.

Pusat Pembangunan Perisikan Data merangkumi pembangunan penyelidikan dan penyampian data besar dan kecerdasan buatan sebelum merangka pelan penggunaan produk, manakala Pusat Pendigitalan R&D meneroka dan mengurus keperluan pendigitalan sistem R&D dan merumuskan strategi untuk transformasi digital.

Di samping itu, pusat itu juga telah menubuhkan sebuah institut penyelidikan kerjasama luar yang akan ditugas dengan penyampaian fungsi keseluruhan kenderaan dan pembangunan integrasi ekosistem untuk projek luar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, pihaknya berharap pencapaian penting membolehkan syarikat bergerak ke arah matlamat untuk menjadi pusat R&D Kumpulan Geely yang keenam, di samping memperkukuh keupayaan sedia ada di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply