ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu tular komponen gandar belakang Omoda 5 tertanggal, ini kenyataan rasmi Chery Auto Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berikutan isu ‘komponen gandar belakang Chery Omoda 5 tertanggal‘ ketika sedang dipandu tular dalam artikel terdahulu, Chery Auto Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media.

Menurut Chery Auto Malaysia, pihaknya komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Justeru, pihaknya berdedikasi untuk memastikan semua kenderaan keluarannya memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi.

Pihak Chery Auto Malaysia sudah pun menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut. Kenderaannya telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh.

Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagi memberi ketenangan minda, para pelanggan yang khuatir boleh menempah janji temu di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi. Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh.

Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia, yang boleh dihubungi di +603- 2771 7070, sedia menerima sebarang pertanyaan bagi menjamin keyakinan para pelanggan Chery dan Omoda.

Chery Auto Malaysia juga komited terhadap ketelusan dan menjamin dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Stephanie

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply