ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang pemasangan CKD Proton di Pakistan mula beroperasi akhir tahun depan

Berita Tempatan

Views

Proton bakal memulakan projek pembinaan kilang pemasangan CKD pertamanya di Pakistan dan upacara menandatangani plak marmar telah diadakan di Islamabad, Pakistan semalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Tuan Yang Terutama Encik Imran Khan.

Kilang tersebut akan dibina di tapak Greenfield di Karachi, akan dimiliki dan dikendalikan oleh ALHAJ Automotive, pengedar rasmi untuk kereta-kereta jenama Proton di Pakistan dan bakal memulakan operasinya sebelum akhir tahun 2020.

Pada 2017, Proton telah melancarkan strategi tujuh bintang, iaitu pelan hala tuju untuk mencapai matlamat jangka panjang kereta termasuklah menyasarkan untuk menjual sebanyak 400,000 unit kereta menjelang 2027. Sasaran pertumbuhan utama pada masa hadapan ialah jualan eksport dan penubuhan kilang pemasangan CKD di pasaran luar negara.

JOM BACA >> Yema Bojun – Proton X70 gred ‘copy ori’

Satu perjanjian bersama ALHAJ Automotive telah ditandatangani pada 29 Ogos 2018, yang mana kumpulan tersebut telah dilantik sebagai pengedar tunggal untuk kereta-kereta Proton di Pakistan. Selain itu satu pelan untuk membina sebuah kilang pemasangan yang baharu telah dirangka untuk memanfaatkan pengurangan cukai bagi kenderaan CKD di negara tersebut.

Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton berkata, syarikat sangat berbesar hati kerana hubungan strategik bersama ALHAJ Automotive telah bergerak maju dengan pantas. Adalah penting bagi Proton untuk mencapai matlamat jangka panjang dan berharap pasaran automotif Pakistan menjadi salah satu daripada punca pertumbuhannya pada masa hadapan.

ALHAJ Automotive akan melaburkan sebanyak USD30 juta untuk kilang pemasangan CKD baharu. Mereka mempunyai pengalaman dan sumber- sumber yang diperlukan untuk mengurus dan meningkatkan jualan kereta-kereta Proton di Pakistan. Kilang ini bakal mewujudkan sebanyak 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dalam tiga tahun pertama operasinya.

Encik Al-Haj Shah Jee Gul Afridi, Pengerusi ALHAJ Automotive berkata, mereka akan memanfaatkan cawangan pengedar sedia ada di seluruh negara untuk mula menjual kereta-kereta Proton secepat mungkin dan pada masa yang sama akan membina sebuah bangunan cawangan 3S/4S. Buat permulaan mereka akan mendapatkan unit-unit CBU dari Malaysia sebelum menghasilkan produk CKD apabila kilang ini memulakan operasi sebelum akhir tahun depan.

JOM BACA >> Yema Bojun – Proton X70 gred ‘copy ori’

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply