Kat China kalau tak klon atau ciplak hasil rekaan pengeluar kereta luar memang tak sah. Tapi kali ini pengeluar kereta dari China telah meng’klon’ kereta dari pesaing dari negara sendiri. Sekilas pandang kita sudah boleh mengagak model apakah yang telah menjadi mangsa klon Yema Bojun ni kan?
Tidak syak lagi model kereta ini secara terang-terangan menciplak rekaan Geely Boyue dan Proton X70, tapi versi sebelum facelift. Menurut CarNewsChina.com, Bojun sebelum ini dikenali dengan nama T60 dan dikatakan mungkin model pertama yang paling cantik pernah dihasilkan oleh syarikat tersebut sejak 10 tahun.
Ya Ampun! Teruk ‘bebenor’ selera pereka Yema selama ni ‘ghopernye’. Nama Bojun (博骏) pula sama dengan nama sebuah kereta elektrik dari Bordrin. Dah lama nama sama, ejaan pun sama pulak tu. Pelik juga mereka tak gunakan nama T60, mungkin bunyinya macam nama kereta kebal kot.
JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?
Yema Bojun ni sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih kecil berbanding model Geely Boyue dan Proton X70. Ia berukuran 4360mm panjang, 1830mm lebar, 1680mm tinggi dan jarak gandar 2550mm. SUV kompak ini dijana oleh enjin 1.5 liter yang mampu menghasilkan 112 kuasa kuda yang digandingkan bersama transmisi 5-kelajuan manual.
Selain itu, ada satu lagi pilihan enjin yang lebih berkuasa ditawarkan iaitu enjin 1.5 turbo yang mampu menghasilkan 156 kuasa kuda dan digandingkan bersama transmisi CVT. Rekaan dalamannya juga agak menarik dan nampak moden dengan kehadiran skrin sentuh bersaiz 8-inci dan paparan meter digital sepenuhnya.
Di China ia dijual dengan tanda harga antara 60.000 yuan (RM36,450) hingga 90.000 yuan (RM54,670) mengikut varian. Kira murah la tu kan? Mesti tentera bawang di China tengah sedap ‘membahan’ model ini kan, tu belum masuk geng bawang kat Malaysia lagi.
Apa lagi, moh la membawang!
JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Car Home.
KOMEN TERKINI