ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kolaborasi antara pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara bakal tarik pelaburan awal sebanyak RM47 juta

Views

Semalam berlangsungnya majlis perjanjian kerjasama bagi kumpulan kedua pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara selepas ia ditandatangani pada 10 Oktober tahun lalu. Majlis yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) itu telah disaksikan oleh YB Dr Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton serta barisan pengurusan kanan Proton dan DRB-Hicom.

Bagi kumpulan pertama pembekal, perjanjian kerjasama tersebut meliputi skop dari perjanjian teknikal dan usaha sama pelaburan asing 100 peratus dengan pembekal luar negara yang melabur secara langsung dalam ekonomi Malaysia. Dianggarkan pelaburan awal sebanyak RM47 juta akan dibawa masuk ke negara dari kerjasama baharu ini.

Selain dari pelaburan pada kemudahan dan teknologi, kerjasama itu juga dijangka dapat menghasilkan kira-kira 450 pekerjaan baharu dalam industri automotif yang terdiri dari pemasangan hingga ke reka bentuk kejuruteraan yang memerlukan tenaga kerja mahir. Ini akan membantu mewujudkan asas pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan untuk generasi kereta Proton pada masa akan datang yang akan dibangunkan bersama Geely.

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

Para pembekal ini akan membekalkan alat-alat ganti ke kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim, yang kini sedang diperbesarkan dengan kos sebanyak RM1.2 bilion. Kilang baharu ini dijangka siap pada suku keempat 2019 dan bakal mengeluarkan kereta Proton versi pemasangan tempatan (CKD) yang pertama.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, program pembangunan pembekal Proton sedang giat dijalankan dan syarikat telah berusaha untuk melakukan aktiviti pemadanan dengan mencari rakan kongsi terbaik yang bakal memberi manfaat kepada semua pembekal, ekonomi tempatan serta Proton. Dengan membina kerjasama bersama rakan kongsi di luar negara, Proton yakin pembekal tempatan akan berpeluang mencapai standard antarabangsa dari segi kemajuan teknologi dan kualiti dalam jangka masa yang singkat.

Sekiranya pembekal mencapai sasaran mereka, ia akan membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa sekaligus mendorong kepada pembangunan komuniti pembekal yang akan membolehkan industri automotif Malaysia bersaing ke peringkat global. Penyertaan dari pembekal juga penting untuk matlamat jangka panjang Proton, yang akhirnya akan membawa industri ke satu tahap yang mempunyai kebolehan berkelas dunia.

Setakat ini, lebih daripada 2,000 unit Proton X70 diserahkan kepada pelanggans elepas lima minggu pelancarannya. Setakat ini SUV tersebut telah menerima lebih 15,000 unit tempahan. Proton kini sedang berusaha untuk mempercepatkan tempoh penyerahan bagi bulan-bulan akan datang dan amat berterima kasih di atas sokongan rakyat Malaysia terhadap model ini. Ia merupakan satu permulaan positif buat Proton dan berusaha untuk mengekalkan momentum tersebut sepanjang tahun ini.

JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply