Berita baik bagi peminat reka bentuk industri, khususnya rekaan automotif! Koleksi dan kompilasi rekaan Saharudin Busri bakal tampil dalam bentuk kalendar edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang akan bermula Jumaat ini. Sebanyak 12 rekaan model konsep kereta dan juga motosikal akan ditampilkan dalam bentuk imej 3 dimensi (3D) yang merupakan cadangan reka bentuk untuk beberapa jenama termasuklah Proton, Perodua, Esna dan lain-lain.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?
Apa yang menarik, ada beberapa rekaan yang belum pernah ditunjukkan lagi bakal menghiasi kalendar tersebut. Beliau juga akan berada di reruai Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membuat demonstrasi dan aktiviti rekabentuk di KLIMS18 untuk memberi pendedahan kepad para pengunjung mengenai kepentingan dan sumbangan reka bentuk industri dalam industri automotif.
Hasil jualan kalendar edisi terhad ini sebahagiannya akan disumbangkan kepada Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA) untuk tujuan promosi dan kebajikan. Selain itu di KLIMS18 nanti hasil reka bentuk produk yang baharu dibuat oleh Saharudin dengan kerjasama pasukan Reka Bentuk Industri UiTM akan juga di pamerkan di reruai Petronas. Jadi untuk mendapatkan kalendar edisi terhad, beramah mesra, melihat demonstrasi serta hasil rekaan dari ‘otai’ reka bentuk Malaysia ini, jom ramai-ramai ke KL Motorshow 2018 nanti. Jumpa anda di sana!
JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI