ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvoi MOTOGP 2012 GIVI Asia

Views

Aksesori jenama motosikal terkemuka di Asia, GIVI Asia, akan mengumpulkan rakan-rakan dan pelanggan yang dihargai untuk menyertai konvoi GIVI sempena MotoGP 2012. Acara bakal berlangsung pada hari Ahad, 21 Oktober 2012 bermula dari Sri Hartamas ke Sepang. Hanya daftarkan diri anda melalui e-mel berserta butir-butir perhubungan anda kepada [email protected] atau anda boleh mendaftar terus di GIVI Point KL, Jalan Ipoh dan anda juga akan berpeluang memenangi Honda Future 125 edisi replika LCR Honda yang ditandatangani oleh Stefan Bradl.

Hadiah lain cabutan bertuah termasuk satu topi keledar MM11.0 D-Visor, baju hujan RR04 , TU05 Rucksack dan jaket RJ09. Setiap peserta GIVI MotoGP akan menerima pelbagai jenis cenderahati sebagai sebahagian daripada pendaftaran mereka.  Dengan bayaran untuk penunggang RM220 mereka akan mendapat Kotak GIVI Edisi Terhad, tiket Grandstand, cermin mata hitam, t-shirt dan topi MotoGP serta beg bujur 2 liter. Bayaran untuk pembonceng motosikal pula RM180 dan mereka akan mendapat tiket Grandstand, cermin mata hitam, t-shirt dan topi MotoGP serta beg bujur 2 liter.

Cepat sebelum terlambat. Siapa cepat dia dapat. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi +603 6028 3800.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply