PRO-NET baru-baru ini telah menganjurkan sambutan Syawal Ikonik bersama Proton e.MAS 7, bersama anak-anak dari Madrasatul Quran Yaakubiyah, USJ 1.
Mereka telah dibawa menaiki konvoi e.MAS 7 untuk membeli baju raya, sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Sebanyak 10 unit e.MAS 7 yang dibantu oleh pengedar Proton e.MAS telah membawa seramai 40 orang anak-anak madrasah ke Jakel Mall, Shah Alam.
Setiap daripada mereka menerima satu set lengkap Baju Raya bersama sampin dan songkok untuk menyambut Aidilfitri yang akan datang.
Usai membeli-belah, konvoi tersebut tiba di COE Proton, untuk berbuka puasa bersama pihak pengurusan Proton dan wakil pengedar. Majlis telah diakhiri dengan sesi pemberian Duit Raya.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, Syawal Ikonik bukan hanya sekadar memberi, malah ia tentang berkumpul bersama dan membina hubungan bersama mereka.
Tambahnya, PRO-NET bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada sambutan Raya anak-anak Madrasatul Quran Yaakubiyah pada bulan Ramadan kali ini.
Kehadiran konvoi e.MAS 7 di Jakel Mall dan COE bukan sahaja melambangkan inovasi dan kelestarian, tetapi juga keprihatinan dan perpaduan dalam komuniti.
PRO-NET menegaskan komitmennya untuk memperkayakan kehidupan melalui kemajuan teknologi serta inisiatif sosial, dan berharap untuk lebih banyak peluang dalam memacu perjalanan pada masa hadapan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI