ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover Discovery Sport 2018 kini dikuasakan enjin Ingenium 2.0 liter petrol

Views

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan versi 2018 Land Rover Discovery Sport yang lebih berprestasi, diperhalusi dan cekap bahan api dengan kehadiran enjin baharu Ingenium 2.0 liter petrol berkuasa 240PS dengan 340Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi sembilan-kelajuan dari ZF yang menawarkan pemanduan yang lancar dan responsif. Bukan sekadar menerima ‘jantung’ baharu yang lebih berkuasa, ruang dalamannya turut dipertingkatkan untuk memberikan keselesaan maksimum, keselamatan dan versatiliti.

Transmisi sembilan-kelajuan dengan nisbah gear rapat memberikan tindak balas cemerlang dan membenarkan gear satu lebih rendah, mempertingkatkan pecutan pertengahan dan gear sembilan tinggi untuk mengurangkan rev enjin pada kelajuan tinggi, sekaligus mengurangkan penggunaan bahan api, pelepasan asap dan bunyi enjin.

Ruang kabinnya telah direka bentuk untuk memberikan versatiliti dan ruang yang lebih tenang supaya setiap penumpang merasa keselesaan yang sama. Walaupun versi Malaysia dilengkapi dengan 5 tempat duduk sebagai standard, ia boleh dikonfigurasi untuk 5 + 2 tempat duduk sebagai pilihan yang unik dalam segmen.

Pada fasa awal program pembangunan kenderaan, pereka Land Rover telah menjemput beberapa keluarga ke pusat pembangunan di UK. Pasukan pereka ini melihat keluarga tersebut masuk dalam pelbagai jenis SUV, masuk ke tempat duduk baris ketiga, menggunakan peranti elektronik, memasang kerusi kanak-kanak ke titik utama ISOFIX dan meletakkan bekas minuman ke dalam pemegang cawan. Pemerhatian ini telah membantu pasukan pereka ini mereka bentuk Discovery Sport menjadi salah satu SUV kompak premium yang paling serba boleh di pasaran hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

Berkongsi rekaan yang serupa dengan Range Rover Evoque, seni bina hadapan Discovery Sport diperbuat daripada rasuk silang magnesium untuk memberikan ketegaran kilasan yang luar biasa serta mengurangkan berat. Walau bagaimanapun, tiang-B belakangnya sangat unik kepada Discovery Sport, dengan beribu-ribu jam yang dilaburkan untuk memastikan setiap komponen menjadi lebih padat. Hasilnya adalah ruang dalaman yang maksimum, dan keupayaan off-road yang luar biasa.

Casisnya pula diperbuat daripada aluminium ringan supaya lebih kukuh dan mengurangkan berat selain mengurangkan bunyi dalam kabin dan meningkatkan ruang penumpang. Gegelung spring digunakan pada suspensi depan manakala topang suspensi menggunakan hidraulik untuk lebih penghalusan.

Gandar belakangnya mampu mengurangkan bunyi jalan daripada memasuki ruang kabin, manakala suspensi turet hanya masuk sedikit sahaja ke dalam kawasan bagasi, yang memberikan ruang kaki yang maksimum. Discovery Sport ditawarkan dengan pakej keselamatan penumpang yang komprehensif termasuklah beg udara untuk pemandu dan penumpang, beg udara lutut, tirai dan toraks. Sistem infohibur InControl Touch Pro turut ditawarkan menerusi skrin sentuh berdefinisi tinggi dengan fungsi seperti telefon pintar.

Harga yang ditawarkan untuk Discovery Sport 2018 adalah RM379,800 (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans). Semua kenderaan yang diedarkan oleh Jaguar Land Rover Malaysia adalah sesuai dengan keadaan cuaca, persekitaran, kualiti bahan bakar dan menepati piawaian emisi di Malaysia. Kenderaan Land Rover yang diedarkan oleh pengedar bertauliah juga didatangkan dengan program ‘Land Rover Care’ yang berdasarkan mana terdahulu sebagai contoh 5-tahun jaminan atau 150,000km, 5-tahun servis atau 65,000km dan 3-tahun Bantuan Tepi Jalan.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply