ARKIB

KATEGORI

Buletin

UD Trucks catat sejarah dengan pengeluaran 15,000 unit trak Quester

Views

UD Trucks meraikan pencapaian luar biasa perniagaan dengan pengeluaran 15,000 unit trak Quester yang telah diumumkan di fasiliti pengeluarannya di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Presiden Kumpulan & Jualan Usaha sama Trak Volvo Asia, Jacques Michel berkata Quester telah diperkenalkan buat kali pertama ke pasaran Thailand pada 2013 sebagai sebahagian daripada operasi UD Trucks ke pasaran yang sedang berkembang dengan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau bagi Asia Tenggara dan seluruh dunia.

Dengan jumlah perdagangan Asia Tenggara yang bakal mengalami peningkatan sebanyak 130 peratus pada 2023 terutamanya dengan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN, permintaan untuk pengangkutan darat tempatan dan rentas sempadan dijangka berkembang. Selama 40 tahun yang lalu, Volvo Group telah melabur sebanyak dua bilion Baht dengan tujuan meningkatkan kapasiti kilang pengeluaran UD Trucks Bangkok kepada 20,000 unit trak setahun.

Sebagai pusat pengeluaran pemasangan penuh yang pertama di luar Jepun, pengeluaran 15,000 Unit Quester di kilang tersebut sejajar dengan wawasannya menyokong pasaran di seluruh dunia dan memajukan Asia Tenggara sebagai rantau yang mempunyai ekonomi berdaya saing.

Nicolas Weeks, Menteri Kaunselor, Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Sweden di Thailand berkata mereka gembira untuk meraikan peristiwa penting ini kerana Kumpulan Volvo merupakan salah satu syarikat terkemuka dari Sweden dan terus mempromosikan perdangangan serta mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara.

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

Direka untuk memenuhi keperluan holistik pelanggan, Quester terbukti membantu pelanggan dan perniagaan dengan ketahanan tinggi, keandalan dan kecekapan bahan api. Menggabungkan teknologi termaju Kumpulan Volvo dan pengeluaran berkualiti tinggi Jepun UD Trucks, enjin Quester GH8E dan GH11E memastikan kecekapan bahan api yang optimum sambil mengekalkan prestasi tinggi. Sistem Fuel Coaching terbina-dalam menggalakkan tingkah laku cekap bahan api dengan menyediakan pemandu dengan maklum balas segera semasa perjalanan mereka.

Setiap trak Quester digabungkan dengan Perkhidmatan UD Telematics yang menghubungkan ke bengkel UD Trucks untuk memantau dan mengesan setiap keadaan dan keperluan perkhidmatan kenderaan sebelum kecemasan berlaku. Dengan analisis komunikasi data masa nyata, ia membimbing pelanggan berdasarkan tingkah laku memandu dan penggunaan bahan api bagi memastikan masa penggunaan yang lebih tinggi dan ekonomi bahan api yang lebih optimum.

Quester juga telah terbukti kredibilitinya antara pelanggan tempatan. Sebuah syarikat logistik di Malaysia Timur terus meningkatkan armadanya dengan trak Quester sejak 2017 selepas mengalami kecekapan perniagaan untuk operasi jarak jauh mereka dengan trak Quester. Hari ini, Quester terus diterima secara meluas oleh pelanggan dengan 25 peratus trak Quester yang ditempah oleh pelanggan yang sama di Malaysia.

Selaras dengan komitmennya untuk menambah nilai kepada logistik dan ekonomi global, UD Trucks menangani masalah jurang kemahiran dengan meningkatkan kepakaran tempatan melalui pemindahan pengetahuan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dalam pasaran. Kamlarp Sirikittiwatn, Presiden, UD Trucks Thailand, berkata syarikat berasa rendah diri dengan keyakinan dan sokongan pelanggan terhadap trak dan perkhidmatannya. Syarikat percaya bahawa ini hanya akan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar mereka bentuk trak dan perkhidmatan terbaik yang diperlukan oleh dunia.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply