ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar anggota polis dengan Perodua Alza – Suspek berjaya ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota polis berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada bonet kereta sejauh kira-kira 150 meter selepas pemandunya memecut kenderaan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan, di Bandar Baru Bangi, malam tadi.

Menurut Berita Harian, kejadian di kawasan letak kereta sebuah restoran makanan segera di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi itu sempat dirakam orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam, sepasukan polis menghampiri sebuah kereta yang mencurigakan, diparkir di kawasan itu dalam keadaan enjin yang masih hidup, untuk pemeriksaan.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Katanya, anggota polis menyuluh dan mengetuk cermin kenderaan itu sebelum mendapati ada seorang lelaki dan perempuan di dalamnya. Bagaimanapun, katanya, selepas menyedari kehadiran polis, pemandunya cuba melanggar anggota polis itu serta motosikalnya ketika cuba melarikan diri.

Keadaan itu memaksa anggota polis berkenaan melompat di atas bonet kenderaan Perodua Alza dan terpaksa berpaut dalam keadaan kenderaan dipandu laju sejauh kira-kira 150 meter sebelum mangsa terjatuh,. Mohd Zaid berkata, anggota polis itu bagaimanapun hanya cedera ringan, sementara kenderaan itu berjaya melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita, jam 3.04 pagi tadi. Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 307 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, cubaan membunuh dan mencederakan penjawat awam. Zaid berkata, motif sebenar pemandu itu melarikan diri ketika pemeriksaan dilakukan masih disiasat.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804. Sebelum ini, video berdurasi 40 saat tular di media sosial menunjukkan seorang anggota polis berpaut pada sebuah kereta Perodua Alza berwarna biru sebelum kenderaan itu memecut meninggalkan tempat kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply