Merujuk kepada laporan berita daripada beberapa portal atas talian baru-baru ini mengenai kos penyelenggaraan Perodua Bezza yang dikatakan 32 peratus lebih tinggi berbanding Proton Persona, Perodua ingin menegaskan yang laporan tersebut sebenarnya adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Dalam laporan yang disiarkan pada 11hb Mac 2019 itu, ia menunjukkan perbezaan kos penyelenggaraan antara Proton Persona dengan dua model kereta lain, yang dikatakan sebagai Perodua Bezza dan Honda City. Maklumat tersebut adalah tidak tepat kerana perbandingan yang dilakukan adalah tidak setaraf.
Ini kerana kos penyelenggaraan Proton Persona dikira mengikut jadual di dalam buku servis atau manual pemilik, manakala bagi Perodua Bezza, pengiraan adalah berdasarkan kos Penyelenggaraan Pencegahan (pilihan) dan bukannya kos mengikut jadual seperti yang dicadangkan di dalam buku servis.
Berdasarkan jadual di bawah, perbezaan kos penyelenggaraan Perodua Bezza pada tahun ke-5 hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukan 32 peratus seperti yang dilaporkan. Perbezaan ini adalah kerana kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza dibandingkan dengan 10W-30 untuk Proton Persona.
Tahun Penyelenggaraan | Perodua Bezza 1.3L (kos perkhidmatan asas) dalam RM |
Kos perkhidmatan tahun pertama | 391.02 |
Kos perkhidmatan tahun ke-2 | 796.57 |
Kos perkhidmatan tahun ke 3 | 464.19 |
Kos perkhidmatan tahun ke-4 | 759.02 |
Kos perkhidmatan tahun ke-5 | 684.59 |
Jumlah kos perkhidmatan 5 tahun | 3,095.38 |
JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok
Selain itu, Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin yang lebih lancar. Malah, pemilik Bezza membayar kurang RM239.55 berbanding pemilik Persona pada kos penyelenggaraan pada akhir tahun ke-3.
Sebagai model yang diperakui kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Bezza adalah di antara kenderaan yang mempunyai kecekapan bahan api terbaik di negara ini. Bezza 1.0L manual mampu mencatat 22.8 km/l, sekaligus merupakan varian terbaik dalam keluarga Bezza. Purata penggunaan petrol Bezza 1.0L adalah 21.3 km/l.
Bagi Bezza 1.3L, purata penggunaan petrolnya adalah 21.7 km/l bagi manual dan 21 km/l bagi automatik. Untuk varian 1.3 Bezza Advance Auto yang dilengkapi dengan Eco Idle, ekonomi bahan api adalah pada 22 km/l dalam mod ECE. Ini sekaligus memberikan penjimatan yang besar ke atas kos keseluruhan pemilikan bagi pemilik Bezza. Namun bagi kereta pesaing, maklumat kecekapan bahan bakar tidak nyatakan kepada umum.
Perodua juga menawarkan pakej pencegahan pilihan yang dikenali sebagai Pro Care. Pakej ini termasuk penjajaran tayar dan keseimbangan; penyelenggaraan penyaman udara; dan penggantian komponen berkaitan untuk memastikan kelancaran pemanduan dan ketenangan fikiran pemilik.
Pakej Pro-Care adalah cara Perodua untuk menyediakan pakej penyelenggaraan lengkap di setiap pusat servis untuk kemudahan para pelanggan. Risalah dan kain rentang turut dipaparkan di pusat servis untuk mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan ini dan ianya dilakukan secara sukarela.
Perodua mengambil berat tentang pendekatan laporan daripada jenama tertentu kerana ianya sangat mengelirukan dan tidak tepat. Perodua juga ingin memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengesahkan terlebih dahulu kandungan laporan dengan merujuk kepada sumber yang betul.
JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan
KLIK UNTUK BESARKAN
Cara kotor proton beri persepsi buruk kpd perodua. Padahal tak setara langsung.. Persona guna semi sintetik, Bezza guna full sintetik..
Kenapa data Proton dari laman web Perodua begitu mahal? Pernyataan asal ialah pakej penyelenggaraan pencegahan Pro-Care yang disenaraikan di laman web rasmi termasuk penggantian palam minyak dan gas biasa, serta penggantian penghawa dingin dan komponen tambahan, serta kedudukan tayar. Baki dan perkhidmatan lain, jadi harganya lebih tinggi. Jadi sebenarnya, data yang disenaraikan oleh Proton tidak salah, tetapi laman web rasmi Perodua tidak menyatakan dengan jelas bahawa harga penyelenggaraan itu adalah pilihan.
Perodua menipu orang ramai.
Tidak dinafikan kos penyelenggaraan kenderaan Perodua memang lebih tinggi.. Tetapi pengguna jenama Perodua sedia maklum bahawa p2 menggunakan alat ganti berkualiti dan terbaik bagi sesetengah modelnya.. Tidak salah untuk berbelanja lebih untuk kualiti dan prestasi yang baik… Pilihan ditangan anda
Bagi saya, pemanduan Bezza sangatlah menyedihkan berbanding Persona. Bising, gegaran (NVH), penyerapan hentakan, pengendalian, gegaran pada dashboard, plastik tidak kualiti dan tempat duduk yang tidak selesa
Prestasi dan pemanduan Persona terbukti jauh lebih baik.. NVH Persona juga jauh lebih senyap.. dashboard plastic lembut Persona juga lebih berkualiti..
mana yang lebih menyedihkan lagi.. Pemanduan yang menyedihkan atau Hantar ke Service centre untuk remap CVT berulang kali..
betul kereta proton ni kena selalu remap ect & tcu. Dia cukup pantang kalau kita cucuk ODB utk check sahaja. Confirm dah tak sedap.. terpaksalah diorg kena reset balik.
Perodua terasa pedas sedangkan Proton tak sebut pun nama kereta apa kan? Dalam website Perodua memang tak dinyatakan apa yang optional, apa yang wajib. So memang kena tipu bulat2.
ade yang penah hit 21.7 km/l bagi manual dan 21 km/l automatik tak?saya punya x penah dapat la..xkan nak kena bawak 60kmj je atas highway..110kmj pon x brani nak tekan dengan body ringan camni..