ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua mahu Aruz jadi SUV terlaris di Malaysia Timur

Berita Tempatan

Views

Perodua kini sedang mengintai peluang untuk menjadi peneraju pasaran SUV di Malaysia Timur dan mensasarkan untuk mengembangkan lagi bahagian pasaran di wilayah tersebut daripada 40 peratus menerusi model Aruz.

Semalam berlangsungnya acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo yang telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad. Enam unit Perodua Aruz kini sedang menjelajah Borneo bermula dari Kuching, Sarawak ke Tawau, Sabah dengan jarak keseluruhan kira-kira 1,500 km bermula dari 16hb-22hb Mac 2019.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

Sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara setakat ini. Sambutan yang menggalakkan ini telah mendorong Perodua untuk berusaha mempercepatkan tempoh masa penghantaran dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

JOM BACA >> Laporan portal atas talian mengenai kos servis Perodua Bezza tidak tepat – Dr. Zahari Husin

Ketinggian 220 mm dari aras tanah memberikan Perodua Aruz penglihatan keseluruhan yang baik buat pemandu, selain menawarkan pemanduan yang selesa dan kemampuan merentasi keadaan jalan yang lasak atau berlopak dengan mudah.

Selain itu, struktur body-on-frame menjadikannya sangat tahan lama dan mampu menampung beban. Tujuh tempat duduknya boleh dilaraskan dalam pelbagai cara untuk disesuaikan dengan gaya hidup pemilik. Turut ditawarkan, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang standard pada semua varian, ditambah juga Advanced Safety Assist 2.0 pada varian AV.

Ini sekaligus melayakkannya untuk menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP. Perodua Aruz juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui kerajaan dengan penggunaan bahan api yang terbaik di kelasnya.

Semua ini menjadikan Perodua Aruz sangat sesuai untuk Malaysia Timur yang mana model yang memberi nilai terbaik ini ditawarkan dengan harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 untuk varian AV.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply