ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

Foto Intipan

Views

Rakan kami Mohd Sabri Mohd Sirah sekali lagi membekalkan kami dengan foto intipan terbaharu yang diperolehinya menerusi Whatsapp. Kali ini dua unit ujian Proton X50 telah berjaya dikesan dalam kawasan pakir, namun tidak diketahui di mana lokasi tersebut.

Ada dua unit X50 @ Geely Bin Yue yang memakai celoreng penyamaran dalam foto tersebut, salah satu daripadanya merupakan versi Sport kerana kelihatan jelas empat corong ekzos. Satu lagi berkemungkinan varian biasa kerana pada bahagian bamparnya kelihatan corong ekzos berbentuk memanjang dengan kemasan krom.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Kedua-dua model ini juga mempunyai rekaan spoiler pada bumbung belakang yang berbeza. Model SUV kompak Proton ini besar kemungkinan akan menggunakan nama X50 dan nama tersebut telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan tanda dagangan.

Proton X50 akan dilengkapi dengan enjin 1.5-liter turbo yang digandingkan bersama transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT. Ia juga bakal menjadi model kedua hasil usaha sama Proton-Geely yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang baharu Proton di Tanjung Malim selepas X70.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply