ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki berang dihon supaya alihkan kenderaan ‘balun’ pemandu lori sampah

Tular

Views

Seorang pemandu lori sampah cedera dipukul lelaki yang berang selepas dihon supaya mengalihkan kenderaannya di Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar, semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang juga lelaki berusia 37 tahun cedera di tangan selepas dipercayai dipukul dengan kayu selain turut diugut suspek.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Insiden itu turut tular menerusi video berdurasi 47 saat di laman sosial Facebook. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang memandu lori untuk mengutip sampah di sekitar Panchang Bedena.

Bagaimanapun katanya, laluannya telah dihalang kenderaan suspek sebelum mangsa membunyikan hon supaya dialihkan kenderaan itu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Namun secara tiba-tiba suspek bertindak agresif dan memarahi mangsa dengan kata-kata kesat dan mengugutnya. Suspek juga bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang kayu.

Susulan kejadian itu, mangsa yang cedera di tangan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Farid Sutrisno Tanjung di talian 019-3224855 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply