ARKIB

KATEGORI

Buletin

UFO terhempas di halaman Universiti Alcala

Berita Tempatan

Views

Pelajar sebuah universiti di Madrid, Sepanyol terkejut melihat sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) terhempas di luar bangunan institusi pengajian tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Objek dikatakan menyerupai kapal angkasa itu ditemui di halaman luar Fakulti Sains Alam Sekitar, Universiti Alcala pada 23 Oktober lalu.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Rakaman video UFO berkenaan dikongsikan di platform media sosial. Ia menunjukkan asap naik ke ruang udara ketika orang ramai menghampirinya.

Turut kelihatan ialah beberapa orang berpakaian sut hazmat berada di lokasi UFO tersebut terhempas.

Beberapa imej lain menunjukkan objek berbentuk piring terbang itu mempunyai sesuatu menyerupai antena televisyen pada bahagian atasnya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Beberapa dakwan menyebut bahawa objek tersebut dihasilkan oleh pelajar sendiri. Pihak universiti mengesahkan insiden tersebut, namun enggan memberikan sebarang komen lanjut.

“Anda bertanya kepada kami, namun kami tidak mengetahui apakah objek tersebut. Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan memberitahu kepada anda sejurus mendapat maklumat mengenainya,” kata seorang jurucakap universiti. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jam Press

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply