ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular retakan struktur bukan di Jambatan Kedua Pulau Pinang – JKSB

Tular

Views

Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial sejak Ahad bukan melibatkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua di negeri ini.

Perkara itu disahkan syarikat pengendali jambatan terbabit, Jambatan Kedua Sdn Bhd dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurut kenyataan itu, JKSB telah menerima rakaman video berdurasi 28 saat yang mendakwa wujud kesan retakan pada struktur pembinaan JSAHMS.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan adalah tidak sama sekali gus membuktikan ia bukan JSAHMS.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sehubungan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jambatan Kedua Pulau Pinang

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply