Seorang lelaki mendedahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dikaitkan dengan status kemewahawn dijadikan sebagai pengangkutan awam iaitu teksi di Jepun.
Menerusi video yang dimuat naik Hairul Vcool di Facebook, dia menunjukkan MPV itu sewaktu baru tiba di lapangan terbang negara matahari terbit tersebut.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
“Yang mana pakai Alphard tu rasa dah kaya sangat, mari tengok sini. Dekat Jepun, Alphard jadi teksi je. Ha nampak tu Vellfire jadi teksi,” katanya menerusi sebuah video tular.
Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 59,000 tanda suka dan 7,100 perkongsian.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai berasa terkejut, malah ada juga yang mendedahkan kenderaan mewah tersebut dijadikan van jenazah dan teksi di Malaysia.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
“Di Johor Bahru lagi hebat bos. Vellfire buat ‘prebet sapu‘ masuk Singapura. Awak pun orang Johor Bahru mesti selalu nampak,” komen Tuan Zanar.
“Tak pelik pun sebab di Terengganu (Alphard) guna untuk van jenazah. Jejak tanah kubur,” kata Ahmad Raduan. “Ada satu kedai kat Taman Semarak, Nilai guna Alphard untuk mengangkut lauk je,” kata pengguna lain.
Harga jualan bermula dari RM438,000 untuk Vellfire 2.5L, sementara Alphard 2.4T Executive Lounge pula dijual pada harga bermula RM538,000. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI